Wednesday, March 16, 2011

SAYIDAH NAFISAH – ‘ABIDAH YANG BANYAK KARAMAH


Di dalam kitab Tuhfatul Asyraf karangan al-Hafiz Abu Muhammad menyebutkan bahawa semasa Sayidah Nafisah masih kecil, dia telah dibawa oleh ayahandanya, al-Hasan ke makam Rasulullah S.A.W. Di hadapan makam al-Hasan berbicara, “ Tuanku, bagindaku Rasulullah S.A.W , ini puteriku. Aku redha dengannya”.
     Pada malamnya al-Hasan bermimpi bertemu Rasulullah S.A.W. Antara lain baginda memberitahu, “ Wahai Hasan, aku redha dengan puterimu Nafisah kerana keredhaaanmu itu dan Allah juga redha kerana redhaku ini”.

Meniti susur-galur salasilah, Sayidah Nafisah adalah daripada titisan zuriat Rasulullah S.A.W. Datuknya, Zaid bin Hasan merupakan cucu Saidina Ali bin Abi Talib k.w. Sayidah Nafisah dilahirkan di Makkah tetapi membesar di Madinah. Namun kemudiannya menempa sejarah hidup di Mesir.
 
     Sejarah cukup mengenali wanita mulia ini dengan kegigihan dan ketekunannya beribadah. Jangan diharap dapat melihatnya makan pada waktu siang, manakala malamnya pula tidak ada ruang untuk istirahat. Istirahatnya di dalam solat, semasa membaca al-Quran dan semasa asyik dalam lazat zikrullah.
     Sayidah Nafisah pernah ditanya oleh khadamnya,” Tidakkah puan mahu berlembut sedikit dengan dirimu?”
     Sayidah Nafisah menjawab, “ Bagaimana aku harus berlembut sedang para pendahuluku semuanya sudah berjaya”.
     Waalaupun menjadi seorang abidah yang hebat, tanggungjawab serta ketaatannya kepada suami tidak pernah terganggu. Taatkan Allah dan taatkan suami. Bahkan mentaati suami juga tanda mentaati Allah S.W.T. Sebanyak mana sekalipun ibadah sunat seorang isteri, restu dan redha suami adalah mendahului.
Di Mesir Sayidah Nafisah sangant mendapat perhatian dan sanjungan umat Islam di sana. Mereka amat menyayangi wanita mulia kerabat Rasulullah SAW ini. Beliau menjadi tempat mengadu masalah dengan tujuan meminta doa serta nasihat-nasihatnya yang berhikmah. Orang yang akrab dengan Allah seperti Sayidah Nafisah diyakini memiliki kelebihan dalam berdoa.
Keadaan yang demikian mengundang rasa tidak selesa suami Sayidah Nafisah, Ishag al-Mu’tasim bin Jaafar al-Siddiq. Timbul rancangannya mahu berhijrah sahaja dari Mesir. Namun Sayidah Nafisah ada alasan yang kuat untuk terus bermastautin di bumi anbia itu.
Kata Sayidah Nafisah,”Aku tidak dapat berhijrah ke tempat lain, kerana aku bermimpi bertemu Rasulullah SAW. Baginda berkata kepadaku,’Jangan kamu pergi dari Mesir kerana nanti Allah akan mewafatkan kamu di sana (Mesir).

Jom Ikut Kami