بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم
اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم
اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم
sumber-fb Pencinta Rasulullah(saw)
1. Dengan hati yang hadir: merasa kehadiran
hati ketika mengucap kalimah-kalimah dalam solat dan ketika melakukan
pegerakan (perbuatan)
2. Harus memahami semua makna-makna yang dibaca di dala
m solat
3. Hati mesti merasakan ta’zim kepada Allah s.w.t. iaitu penghormatan dan pengagungan terhadap Allah s.w.t.
4. Mesti rasa haibah iaitu takut terhadap Allah s.w.t. Harus digabungkan perasaan ta’zim dan haibah
5. Raja’ iaitu harapan kepada Allah s.w.t. Bagaimana bisa diterima solat kita tanpa perasaan raja’ terhadap Allah s.w.t.
6. Haya’ iaitu perasaan malu terhadap Allah s.w.t. Kita mesti merasa berkekurangan di sisi Allah s.w.t.
Orang yang berhati kusyuk dan bercahaya di sisi Allah s.w.t. selalu
memiliki hati yang kusyuk di dalam dan di luar solatnya. Kesempurnaan
kusyuk dalam solat adalah dengan tidak memikirkan yang lain melainkan
kepada Allah s.w.t.
Ada seorang sahabat yang was-was ketika
solat oleh kerana sangat memikirkan tentang takutnya terhadap Allah
s.w.t. di hari kiamat. Para sahabat Rasulullah s.a.w. sangat hebat dalam
kusyuk mereka ketika mereka solat.
Dalam suatu peperangan,
Syedina Abbas bin Bishair sedang ditugaskan untuk menjaga khemah
sedangkan sahabatnya sedang tidur. Beliau lalu melakukan solat. Ketika
beliau sedang solat ada seorang musuh yang tiba dan memanah beliau dan
terkena kepada tubuh beliau. Beliau masih melakukan solat (kerana
kusyuk). Lalu beliau dipanah beberapa kali lagi sehingga darah beliau
mengalir ke lantai dan mengalir kepada sahabatnya yang sedang tidur itu.
Sahabat beliau terbangun dan musuh itu melarikan diri. Sahabat beliau
sangat hairan mengapa Syedina Abbas tidak batalkan solatnya dan
bangaunkannya ketika terkena panah yang pertama. Syedina Abbas berkata
bahawa beliau sedang sangat kusyuk membaca surah Al Kahfi.
Orang yang solat dengan betul (kusyuk) bisa membuka pintu ma’rifat
kepada Allah s.w.t. Hatinya akan mabuk cinta kepada Allah s.wt. Dia
hanya akan menyaksikan Allah s.w.t. dan tidak melihat kepada yang lain.
Dia akan memandang maksiat sebagai jijik.
Syedina Umar Al
Khatab (r.a.) berkata bahawa ada ramai orang Islam yang solat dari umur
kecil hinggakan tua tetapi tidak diterima Allah s.w.t. walaupun satu
solatnya.
Untuk menolong kami mendapatkan solat yang kusyuk,
Habib Umar Bin Hafiz nasihatkan supaya ketika masuk ke masjid membaca
doa ini:
A’uzubillahil Aziim Wa bi Wajhihil Kariim Wa Sultanihil Qadiim Minas syaitanir rajiim
Ertinya: Aku berlindung diri kepada Allah yang Maha Agung dan dengan
wajahNya yang mulia, serta kekuasaanNya yang tua daripada bahaya syaitan
yang terkutuk.
(Dipetik dari “Al-Adzkar“ oleh Imam Nawawi terjemahan Syed Ahmad Semait)
Dan ketika hendak memulakan solat membaca Surah An-Nas (supaya kita dihindarkan perasaan was-was.)
- Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafiz
اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم