Tuesday, December 25, 2012

Cara membuktikan cinta kita kepada Nabi Muhammad SAW

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim
 Assalamualaikum w.b.t

اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم

 اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم
 
اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم

"Sekiranya kamu ingin mengetahui kedudukanmu di sisi TUHANmu..maka lihatlah kedudukan NYA di dalam hatimu."
~HABIB ALI AL JUFRI~
 
     Setelah nyata kepada kita kewajipan menyintai dan mengasihi Nabi Muhammad SAW berdasarkan dalil-dalil naqli dan aqli yang jelas, marilah pula kita cuba membincangkan tanda dan bukti kasih dan kecintaan seseorang terhadap baginda . Deklarasi cinta yang tidak disusuli dengan pembuktian amali tentu sahaja masih belum mencukupi untuk membentuk cinta sejati.Bukti yang paling mudah dilihat, seseorang yang benar-benar mengasihi kekasihnya, akan mengutamakan insan yang dikasihinya daripada dirinya sendiri dan kehendak peribadinya. Jika tidak mencapai tahap ini hubungan tersebut belum layak dinamakan kasih sejati yang ikhlas-murni, tetapi baru sekadar dakwaan semata-mata.
Keutamaan mentaati dan mengutamakan orang yang dikasihi ini jelas dapat dilihat dalam ungkapan seorang pencinta Allah SWT dan NabiNya SAW yang tidak asing lagi, Rabi’ah al Adawiyyah dalam syairnya: “Sesungguhnya seorang kekasih itu akan taat-patuh kepada yang dikasihinya.”
Selain memiliki semangat di atas, orang-orang yang benar-benar mengasihi Nabi SAW harus terdapat pada dirinya bukti dan tanda berikut:

1. Menjunjung agama Nabinya, mengamalkan Sunnahnya, menurut perkataan dan perbuatannya dalam setiap keadaan, melaksanakan suruhannya dan menjauhi larangannya. Dia juga mengamalkan adab-adab kehidupan Rasulullah SAW dalam segala keadaan, sama ada ketika susah atau pun senang, ketika gembira atau pun sedih. Ikatan antara ‘kasih’ dan ‘taat’ ini terlihat jelas dalam firman Allah SWT: “Katakanlah (wahai Muhammad), “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah akan mengasihi kamu.” (ali ‘Imran: 31)
Namun semangat semata-mata tidak memadai jika tidak berpaksikan di atas ilmu yang kukuh. Lebih-lebih lagi pada zaman fitnah ini, kegagalan seseorang itu mengenal mana satu Sunnah dan bidaah akan memungkinkan terjebak ke dalam lubuk bidaah yang dianggap sebagai Sunnah. Akhirnya Sunnah dipinggirkan dan bidaah ditegakkan.
Orang yang tersemat di dalam hatinya kasih yang sejati terhadap Rasulullah SAW juga, tidak akan mempedulikan kemarahan manusia lain dalam usahanya mentaati Allah SWT dan Rasul SAW.


2. Sudah menjadi adat dan lumrah berkasih, seorang kekasih akan sering menyebut dan mengingati kekasihnya. Justeru, apabila hati seseorang itu telah mengisytiharkan kecintaan terhadap Rasulullah SAW, maka lidahnya akan sering menyebut nama Kekasihnya SAW dan kotak fikirannya akan sentiasa mengingati Baginda SAW.
Selaku umat Muhammad SAW, kita amat bertuah kerana telah diajar berselawat ke atas kekasih kita Nabi Muhammad SAW sebagai salah satu bentuk ibadah dan taqarrub kepada Allah SWT. Maka kita beruntung kerana dapat beribadah dengan menyebut, memuji dan berselawat kepada insan yang paling kita cintai dengan membaca ayat-ayat al-Quran yang memuji Nabi SAW serta lafaz selawat yang diajar sendiri oleh Baginda SAW.
Kita juga dididik oleh Nabi SAW dan ulama pewaris Baginda SAW menghormati hari dan bulan kebesaran Islam seperti Maulid al-Rasul SAW dan Isra’ Mikraj dengan mengisinya dengan pelbagai amalan yang kesemuanya ada kaitan dengan Nabi SAW dalam kerangka ubudiah kepada Allah SWT. Walaupun ada segelintir di kalangan orang Islam sendiri mencurigai bacaan dan amalan-amalan ini.
Menghayati dan memperjuangkan agama seiring dengan berkasih-sayang dengan Nabi SAW dirasakan begitu indah dan menyegarkan. Sebaliknya tanpa dimensi ini, menghayati agama boleh terasa gersang dan membebankan serta cenderung membentuk jiwa keagamaan yang keras dan kasar.


3. Orang yang mengasihi Nabi SAW akan sentiasa berasa rindu untuk bertemu dengan Baginda SAW; untuk melihat zatnya di alam yang kekal abadi kelak, atau sekurang-kurangnya jika dapat menatap kelibat wajahnya yang mulia barang seketika dalam mimpi-mimpi mereka. Sudah pasti setiap kekasih sangat merindui untuk bersua dan menatap wajah kekasihnya.
Kerinduan sebeginilah yang dapat kita rasakan jika kita menyorot kehidupan generasi sahabat. Misalnya, kita dapat turut berkongsi keriangan dan kegembiraan Abu Musa al Asy’ari r.a dan rombongan kaumnya dari Yaman yang berkunjung ke Madinah.
Mereka mempercepatkan langkah dan begitu girang untuk menemui Rasulullah sambil mendendangkan syair kegembiraan: “Esok kita akan bertemu dengan para kekasih kita, Muhammad dan sahabat-sahabatnya!” Setibanya mereka di Madinah dan Masjid Nabi, mereka terus menghadap dan memuliakan Nabi SAW. (riwayat Al-Baihaqi)


4. Seseorang yang mengasihi Baginda SAW juga akan membesarkan diri dan suruhan Baginda termasuk memuliakannya ketika menyebut namanya. Malah ada yang sehingga menunjukkan rasa rendah dan hina diri ketika mendengar nama Baginda SAW disebut di hadapan mereka.
Berkata Ishaq al-Tujibi r.a, sahabat-sahabat Nabi SAW selepas kewafatan Baginda SAW tidak akan menyebut nama Baginda SAW melainkan mereka akan merendahkan diri dan menggigil serta menangis kerana diselubungi perasaan rindu yang dalam akibat berpisah dengannya.
Hal ini sangat berbeza dengan sesetengah mereka yang mengaku sebagai ahli agama pada zaman kita yang tidak mahu membesarkan dan menobatkan keistimewaan Nabi Muhammad SAW tetapi hanya menumpukan kepada risalahnya dan sunnah yang dibawa olehnya. Seolah-olah Nabi SAW hanyalah berperanan seumpama posmen penghantar surat atau orang suruhan bawahan!
Sedangkan apabila seseorang makhluk itu mempunyai sifat-sifat istimewa tersebut, maka sifat-sifat itu hanya sekadar yang bersesuaian dengan kemanusiaannya yang diciptakan terbatas dan diperolehi dengan izin, kurniaan dan kehendak-Nya.
Mengasihi Nabi SAW
Ada juga sesetengah mereka yang menolak penggunaan gelaran Sayyidina bagi Nabi SAW sedangkan Nabi SAW lebih daripada layak mendapat gelaran tersebut tetapi dalam masa yang sama mereka bebas menggunakan pelbagai gelaran dalam kehidupan mereka.


5. Orang yang mengasihi Nabi SAW juga sepatutnya akan mengasihi orang yang dikasihi oleh Nabi SAW terutamanya nasab keturunannya dari kalangan ahli-ahli bait dan sahabat-sahabatnya yang terdiri daripada kaum Muhajirin dan Ansar.
Mereka juga akan memusuhi orang yang memusuhi mereka dan membenci orang yang membenci mereka dan keturunan mereka.
Hakikatnya, sesiapa yang mengasihi seseorang, dia akan mengasihi semua perkara yang disukai oleh orang yang dikasihinya.
Ini ialah sirah para Salaf al-Salih; mereka akan mengasihi segala yang dikasihi oleh Rasulullah SAW sehinggakan terhadap perkara-perkara yang sekadar diharuskan dan digemari oleh nafsu (yang tidak diharamkan oleh syarak).
Anas ibn Malik r.a misalnya, setelah melihat Rasulullah SAW mencari-cari labu di dalam dulang ketika sedang menikmati makanan, maka semenjak hari itu dia turut sentiasa suka kepada labu.


6. Orang yang mengasihi Nabi SAW akan membenci apa yang dibenci oleh Allah dan Rasul-Nya, menjauhi orang yang menyalahi Sunnahnya, melakukan perkara bidaah dalam agamanya dan memandang berat setiap perkara yang bercanggah dengan syariatnya.
Allah SWT menjelaskan: Engkau tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, tergamak berkasih mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. (al-Mujadalah: 22)
“Mereka” yang dimaksudkan di dalam ayat di atas ialah para sahabat Baginda SAW yang telah membunuh orang yang mereka kasihi dan juga bapa-bapa mereka yang ingkar dan kafir semata-mata mengharapkan keredaan Allah. Ibnu Abbas RA menyatakan, di antara sahabat Baginda SAW yang dimaksudkan di dalam ayat itu ialah Abu Ubaidah al-Jarrah.
Beliau sanggup membunuh bapanya dalam peperangan Uhud manakala Saidina Abu Bakar r.a sanggup berlawan satu lawan satu dengan anaknya sebelum memulakan peperangan Badar, tetapi dihalang oleh Rasulullah SAW. Inilah antara bukti cinta yang tidak berbelah-bagi terhadap Baginda SAW.


7. Orang yang benar-benar mencintai Nabi SAW juga pasti akan kasih terhadap al-Quran yang diutuskan kepada Rasulullah SAW yang dengannya manusia mendapat petunjuk. Mereka akan mengikut jejak Baginda SAW yang menjiwai al-Quran dan berakhlak dengannya seperti yang ditegaskan oleh Ummul Mukminin, Aisyah r.ha dalam katanya, “Akhlak Baginda SAW adalah al- Quran itu sendiri”.
Mengasihi al-Quran bererti membacanya, beramal dengannya, memahaminya, menjunjung suruhan dan meninggalkan larangannya.


8. Tanda kasih terhadap Nabi SAW juga ialah berasa kasih dan belas terhadap umatnya dengan memberi nasihat kepada mereka, berusaha melakukan kebaikan dan menghapuskan kemudaratan daripada mereka.
Inilah sebahagian daripada bukti dan tanda yang harus ada pada para pencinta Nabi SAW. Oleh itu marilah kita bersama-sama memuhasabah diri, adakah kita ini pencinta sejati atau pendakwa semata-mata?
Tepuk dada, tanyalah iman. Semoga Allah SWT mengurniakan kita semua kesempurnaan kecintaan kepada Rasulullah SAW!


Oleh Panel Penyelidikan, Yayasan Sofa Negeri Sembilan


sumber: pondokhabib.wordpress.com/
 

Monday, November 12, 2012

Lajnah Publisiti & Multimedia



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim
 Assalamualaikum w.b.t

اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم
 اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم
   اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم

Ceramah Agama Sempena Hari Raya Aidila'dha oleh Syeikh Nazrul Nasir di Surau Al-Fatonah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim
 Assalamualaikum w.b.t

اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم
 اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم
 اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم











Saudara Redza Radzi menjawab pertanyaan Syeikh Nazrul.































6 Syarat Untuk Mendapatkan Solat Yang Khusyuk


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim
 Assalamualaikum w.b.t

 اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم
 اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم
 اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم


sumber-fb Pencinta Rasulullah(saw)

1. Dengan hati yang hadir: merasa kehadiran hati ketika mengucap kalimah-kalimah dalam solat dan ketika melakukan pegerakan (perbuatan)

2. Harus memahami semua makna-makna yang dibaca di dala

m solat

3. Hati mesti merasakan ta’zim kepada Allah s.w.t. iaitu penghormatan dan pengagungan terhadap Allah s.w.t.

4. Mesti rasa haibah iaitu takut terhadap Allah s.w.t. Harus digabungkan perasaan ta’zim dan haibah

5. Raja’ iaitu harapan kepada Allah s.w.t. Bagaimana bisa diterima solat kita tanpa perasaan raja’ terhadap Allah s.w.t.

6. Haya’ iaitu perasaan malu terhadap Allah s.w.t. Kita mesti merasa berkekurangan di sisi Allah s.w.t.

Orang yang berhati kusyuk dan bercahaya di sisi Allah s.w.t. selalu memiliki hati yang kusyuk di dalam dan di luar solatnya. Kesempurnaan kusyuk dalam solat adalah dengan tidak memikirkan yang lain melainkan kepada Allah s.w.t.

Ada seorang sahabat yang was-was ketika solat oleh kerana sangat memikirkan tentang takutnya terhadap Allah s.w.t. di hari kiamat. Para sahabat Rasulullah s.a.w. sangat hebat dalam kusyuk mereka ketika mereka solat.

Dalam suatu peperangan, Syedina Abbas bin Bishair sedang ditugaskan untuk menjaga khemah sedangkan sahabatnya sedang tidur. Beliau lalu melakukan solat. Ketika beliau sedang solat ada seorang musuh yang tiba dan memanah beliau dan terkena kepada tubuh beliau. Beliau masih melakukan solat (kerana kusyuk). Lalu beliau dipanah beberapa kali lagi sehingga darah beliau mengalir ke lantai dan mengalir kepada sahabatnya yang sedang tidur itu. Sahabat beliau terbangun dan musuh itu melarikan diri. Sahabat beliau sangat hairan mengapa Syedina Abbas tidak batalkan solatnya dan bangaunkannya ketika terkena panah yang pertama. Syedina Abbas berkata bahawa beliau sedang sangat kusyuk membaca surah Al Kahfi.

Orang yang solat dengan betul (kusyuk) bisa membuka pintu ma’rifat kepada Allah s.w.t. Hatinya akan mabuk cinta kepada Allah s.wt. Dia hanya akan menyaksikan Allah s.w.t. dan tidak melihat kepada yang lain. Dia akan memandang maksiat sebagai jijik.

Syedina Umar Al Khatab (r.a.) berkata bahawa ada ramai orang Islam yang solat dari umur kecil hinggakan tua tetapi tidak diterima Allah s.w.t. walaupun satu solatnya.

Untuk menolong kami mendapatkan solat yang kusyuk, Habib Umar Bin Hafiz nasihatkan supaya ketika masuk ke masjid membaca doa ini:

A’uzubillahil Aziim Wa bi Wajhihil Kariim Wa Sultanihil Qadiim Minas syaitanir rajiim

Ertinya: Aku berlindung diri kepada Allah yang Maha Agung dan dengan wajahNya yang mulia, serta kekuasaanNya yang tua daripada bahaya syaitan yang terkutuk.

(Dipetik dari “Al-Adzkar“ oleh Imam Nawawi terjemahan Syed Ahmad Semait)

Dan ketika hendak memulakan solat membaca Surah An-Nas (supaya kita dihindarkan perasaan was-was.)






- Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafiz




اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم

Saturday, November 10, 2012

:::::SOLAT::::::

 اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim
 Assalamualaikum w.b.t

   Nasihat Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafiz, Solat adalah sebagai hubungan langsung antara seorang hamba dan penciptanya. Dijadikan sejuk mata ini dengan solat.

Apabila Rasulullah s.a.w. menghadapi perkara-perkara yang berat, beliau akan solat, menghadap kepada Allah s.w.t. Manusia sekarang tidak memahami apakah maksud dan faedah solat. Solat yang tidak kusyuk adalah seperti jasad tanpa

ruh. Orang yang memberi hadiah kepada raja seorang hamba sahaya tanpa ruh akan dicaci dan dimaki oleh raja itu kerana perbuatan itu adalah seperti menghadiahkan bangkai semata-mata.

Rasulullah s.a.w. sering mengatakan kepada Bilal Bin Rabah (r.a.), “Ya Bilal! Akim as-salah wa arihna biha“ yang bermaksud: “Hai Bilal! Dirikanlah solat dan rehatkan kami dengannya.“

Ada seorang sahabat yang buta telah berjumpa kepada Nabi s.a.w. untuk meminta disembuhkan matanya. Nabi s.a.w. menyuruh sahabat itu supaya bersabar sahaja dan memberi perjanjian bahawa beliau akan dimasukkan ke dalam syurga. Sahabat itu berkata bahawa dia ingin dimasukkan ke dalam syurga dan juga dicelikkan matanya. Lalu Nabi s.a.w. menyuruh sahabat itu solat dua raka’at dan berdoa, bertawasul kepada Nabi s.a.w. Sahabat itu pun melakukan solat dan bertawasul kepada Nabi s.a.w. dengan mengatakan, “Ya Allah, dengan berkatnya Nabi Muhammad s.a.w., sembuhkan mataku ini.“ Lalu matanya pulih semula.

Ada para malaikat yang diciptakan Allah hanya berdiri, rukuk, sujud dsb sehingga hari kiamat. Kita, umat Nabi s.a.w. dengan hanya dua raka’at sahaja sudah diberi ganjaran yang besar.

- Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafiz

sumber- fb Pecinta Rasulullah(saw)
 
اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم
 اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم

Friday, September 21, 2012

Aku Bangga Menjadi Hamba-Mu

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Allah itu Tuhan kita.Mari Menjadi Hamba
Bismillah wal Hamdulillah.
Ini post kedua ketika saya bercuti block dan terasa tidak percaya masih punya sisa-sisa kekuatan untuk menulis. Walaupun saya sendiri tahu mungkin tidak akan ada orang yang bakal membaca post saya ini. Sepertinya pada cuti kali ini saya kerap kali berfikir dan membaca (byk tentang falsafah keTuhanan,syurga serta neraka, pahala serta dosa). Maka ianya banyak memberi impak serta rasa berTuhan yang baru kepada saya.
Iman itu perlu diperbaharui. Kita selalu mendengar ungkapan itu. Tetapi bagaimana mahu memperbaharui iman? adakah dengan mengulang-ngulang kata-kata keimanan tetapi hidup jauh dari paksinya? bagi saya memperbaharui iman adalah kembali memahami makna keimanan itu sendiri. Bagaimana? be it dengan mendengar kuliah, membaca al quran serta buku,serta berfikir di manakah letaknya Allah swt dalam hidup kita. ya, sahabat.. Allah itu Tuhan kita.
Pernahkah kita rasa berTuhan?
Pernahkah kita rasa Allah amat menyayangi kita?
Pernahkah kita merasa kita tidak punya apa-apa kecuali Dia?
Pernahkah kita "minta sorry" dari Allah atas kesalahan kita?
Pernahkah kita terdetik dalam hati bahawa kita ini hanyalah makhluk Allah yang melata di muka bumi...
Dihantar ke bumi hanyalah untuk melaksanakan misi & visi Ilahi serta diuji...
Diberi segala macam kelebihan serta kekurangan diri sebagai ujian...
Seterusnya akan dijemput kembali setelah habis tempoh waktu utk melaksanakan Misi?
Dan akan diganjari...
Adakah "jannah" atau adakah "sa'iir" tempat kembali itu...
Kita punya segala macam kelebihan. Kita mungkin punya rupa yang menawan. Kita punya harta yang mencukupi serta tidak meminta-minta. Kita punya ibu bapa yang penyayang. Kita merupakan pelajar cemerlang. Kita menjadi sebutan & rebutan kampus. Kita popular.Kita punya kredibiliti. Kita punya segala macam untuk dibanggakan. Kita punya segalanya untuk takabbur..
Tapi dalam hening pekatnya malam, cuba tanya diri kita..siapa kita? siapa Tuhan kita.. yang menganugerahkan segala macam ini. dimanakah kamu letak segala kelebihan yang merupakan amanah Allah terhadapmu wahai hamba yang mempunyai akal fikiran? kenapa dirimu begitu segan untuk menarik sejadah disebalik hening pekatnya malam untuk meminta ampun serta bersyukur?
Jgn setelah nyawa di halkum barulah kita tersedar rupanya kita masih tidak sedar diri.


Anda akan merasa malu dengan diri sendiri. Akan terlebih malu jika kita melihat orang yang punya "kurang kelebihan dari kita" tetapi sangat menjiwai jiwa hamba. Jika saya, saya akan merasa sangat malu dan terpukul.Baca kisah Julaibib; bagaimana dengan segala kekurangan diri Allah muliakan dia dengan syahid.
Tetapi,di sisi pandang yang lain, cuba lihat orang yang telah Allah berikan segala nikmat seluas langit dan bumi. Nabi Sulaiman as tetap mensyukuri. Rasulullah saw popular sepanjang zaman tetap berada dalam jiwa hamba yang taat walaupun nama beliau meniti bibir makhluk sehingga ke Khaliq di Arasy. Mereka boleh sahaja bangga jika mereka mahu. So, kita yang 'biasa-biasa' ini, di mana? Alangkah malunya jika digandingkan dengan mereka yang 'siapa-siapa' ini. Mereka telah membuktikan mereka berjaya mendaki puncak keTuhanan dengan bahagia. Di manakah kita?
فَتَبَسَّمَ ضَا حِكًا مِنْ قَوْ لِهاَ وَقَالَ رَبِ أَوْزِعْنِيْ أَنْ أَ شْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِيْ أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَلِدَىَّ وَأَنْ أَعْمَلَصَلِحًا تَرْ ضَىهُ وَاَدْخِلْنِيْ بِرَحْمَتِكَ فِيْ عِباَ دِكَ الصَّلِحِيْنَ.
Ertinya: Maka Dia tersenyum dengan tertawa karena (mendengar) Perkataan semut itu. dan Dia berdoa: "Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh".
(An-Naml:19)
Tidak Bersyukur = Kufur?

Mengapa syukur seringkali digandingkan dengan kufur? iaitu kufur nikmat. Kerana jika tidak bersyukur, seolah-olah kita tidak 'acknowledge' pemberi kepada nikmat itu.Alangkah kurang ajarnya kita,dapat nikmat 'ujub serta bongkak. Terasa 'lebih' berbanding orang lain, sedangkan yang memberi nikmat itu sedang memerhatikan kita. Dan kita tidak kenal Dia, terasa nikmat itu kita punya,nikmat itu kita buat. Bukankah itu kufur namanya?
MALU terasa.
"Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingat Allah, mendirikan solat, dan menunaikan zakat. Mereka takut pada hari (pembalasan) yang (pada saat itu) hati dan penglihatan menjadi goncang"
(QS an-Nuur:37).
"Aku cemburu pada bulan yang bermesra denganMu pada malam hari, Aku cemburu pada bintang yang berkelip gemilang di kala mentari menyepi, Aku cemburu pada tumbuhan yang bertasbih padaMu di kala mulutku terkunci, Aku cemburu pada kelawar yang berjaga di saat Engkau turun ke bumi, Aku cemburu pada jiwa yang berdoa padaMu di saat aku sedang bermimpi, Kerana itu aku bangun, Melangkah kaki pada Rabbi, Menadah tangan pada Rabbul Izzati, Supaya cinta Mu tidak aku sia-siakan lagi"



P/s: MARI KITA MENJADI MEREKA! :)
Input:
1) Kesan dosa dalam hidup karya Ibnu Qayyim
2) Bertanya Tentang Tuhan karya Ibnu Rijal
3) Iman & Amal Soleh; Buya HAMKA
4) Fanzuru;Hilal Asyraf



Oleh itu, hayatilah video ini yang telah dirakamkan di Surau al Fatonah(Saina) pada tahun2011 yang lalu..

http://www.youtube.com/watch?v=_TNQTjbEoq0&feature=youtu.be

Friday, July 20, 2012

Wasiat Al Allamah Alhabib Umar Bin Hafidh Dalam Menghadapi Bulan Ramadhan-Ya Allah Sallimna fi Ramadhan-


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Wasiat Al Allamah Alhabib Umar Bin Hafidh Dalam Menghadapi Bulan Ramadhan

Wasiat – wasiat Guru MuliaAl Habib Umar bin Hafidh Dalam Menghadapi Bulan Ramadhan, bahwa seyogyanya ada 3 hal yang harus kita laksanakan di awal bulan ramadhan ini, yaitu:

1. Gembira dan senang dengan datangnya bulan Ramadhan, sebagaimana firman Allah swt :

“Katakanlah (wahai Muhammad saw) Dengan Datang-nya Anugerah Allah Dan Rahmat-Nya, Maka Dengan Itu Hendaknya Mereka Bergembira” (QS Yunus 58),

dan juga Sabda Rasulullah saw :

“Barangsiapa yang berpuasa ramadhan dengan menjaganya dengan segenap kemampuannya, maka diampunilah seluruh dosanya yang telah lalu” (HR Bukhari & Muslim).

Dan diriwayatkan oleh Salman ra, bahwa Rasulullah saw menyampaikan ceramahnya pada kami di hari terakhir bulan sya’ban :

“Wahai para manusia sekalian, telah menyelimuti kalian bulan Agung yang penuh keberkahan, bulan yang padanya suatu malam yang lebih mulia dari seribu bulan, Allah menjadikan puasa di bulan ini merupakan hal yang fardhu (wajib), dan menjadikan Qiyam (tarawih) merupakan hal yang sunnah, barangsiapa yang beribadah dengan satu macam kebaikan maka sama saja pahalanya dengan menjalankan ibadah yang fardhu, barangsiapa yang beribadah dengan hal yang fardhu maka seakan ia telah mengerjakan 70X hal fardhu tersebut, inilah (ramadhan) merupakan bulan kesabaran, dan balasan atas kesabaran adalah Surga, inilah bulan kita saling membantu satu sama lain, inilah bulan dimana Allah menumpahkan rizki Nya bagi orang mukmin” (Hadits riwayat Imam Ibn Khuzaimah dalam shahih nya).

2. Menjaga diri dan berhati hati dari hal hal yg membuat kita terhalangi dan terusir dari kemuliaan Ramadhan, diantaranya adalah :

Menjaga lidah kita dari berdusta dan menjaga pula perbuatan kita dalam kedustaan dan penipuan,
juga ucapan ucapan buruk dan perbuatan buruk,
dan dari berbuka puasa dengan makanan haram dan syubhat,
dan dari perbuatan yang menjatuhkan pahala puasa seperti memandang aurat yang bukan muhrimnya,
dan dari berdusta dan membicarakan aib orang lain,
dan dari memutuskan hubungan silaturahmi,
dan dari minum arak, ganja dan narkotika,
dan dari dengki dan kebencian terhadap sesama muslimin, dan dari berbuat durhaka pada kedua orang tua.
Dan berhati – hatilah wahai mukimin dari berbuka puasa tanpa sebab yang jelas, Sabda Rasulullah saw :

“Barangsiapa yang berbuka di hari ramadhan tanpa sebab sakit, atau safar, atau udzur syar’I lainnya, maka tiadalah ia akan bisa membayarnya walaupun ia berpuasa sepanjang masa” (HR Tirmidzi, Nasa’I, Abu Daud, Ibn Maajah, Ibn Khuzaimah dan Imam Baihaqy).

Maka berhati – hatilah wahai mukmin dalam menjaga keadaan puasamu, dan jangan pula kau berbuka puasa sebelum yakin telah tiba waktunya, karena sunnah untuk bersegera dalam buka puasa adalah setelah yakin sepenuhnya telah masuk waktu berbuka puasa.

3. Yang terakhir adalah bersungguh – sungguh dalam menghadapi hujan anugerah di bulan mulia ini, dan bersungguh – sungguh mendapatkan anugerah berlipat gandanya berbagai pahala dan di bentangkannya kesempatan untuk meraih derajat yang agung. Telah bersabda Rasulullah saw

“Sesungguhnya Allah telah mewajibkan bagi kalian berpuasa di siang harinya dan telah pulah mensunnahkan bagi kalian mendirikan shalat sunnah di malam harinya (tarawih), barangsiapa yang melakukan keduanya dengan keimanan dan kesungguhan, maka ia akan lepas dari seluruh dosanya sebagaimana saat ia baru dilahirkan oleh ibunya” (HR Imam Nasa’i).

Maka seyugianya kita memperbanyak pelbagai amal ibadah di bulan mulia ini, terutama menjaga shalat lima waktu dengan berjamaah, dan ketahuilah bahwa menjamu orang lain berbuka puasa merupakan hal yang agung pahalanya, sabda Rasulullah saw :

“Baramgsiapa yang menyediakan buka puasa bagi yang berpuasa dibulan Ramadhan, maka diampuni seluruh dosanya, dan kebebasan baginya dari api neraka, dan ia mendapatkan pahala puasa tersebut” (HR Ibn Khuzaimah dalam Shahihnya).

Sabda Rasulullah saw :

“Barangsiapa yang menyediakan buka puasa bagi orang yang berpuasa ramadhan dengan makanan dan minuman yang halal, maka akan bershalawatlah para Malaikat baginya sepanjang waktu Ramadhan, dan akan bershalawatlah padanya Malaikat Jibril dimalam Lailatulqadr” (Imam Thabrani).

Sabda Rasulullah saw :

“Diberikan untuk ummatku dibulan Ramadhan lima hal yang tidak diberikan pada para Nabi sebelumku, yaitu saat malam pertama bulan Ramadhan, Allah memandangi mereka dengan iba dan kasih sayang Nya, dan barangsiapa yang dipandangi Allah dengan Iba dan Kasih Sayang Nya maka tak akan pernah disiksa selama selamanya, yang kedua adalah aroma tak sedap dari mulut mereka di sore harinya lebih indah dihadapan Allah daripada wanginya Misk (bau tak sedap orang yang berpuasa akan menyusahkan mereka dan akan membuat mereka merasa terhina, namun balasan untuk keridhoan mereka karena hal yang tak mereka sukai dan perasaan terhina itu adalah justru di sisi Allah hal itu sangatlah mulia), yang ketiga adalah sungguh para malaikat memohonkan pengampunan dosa bagi mereka sepanjang siang dan malam, yang keempat adalah Allah memerintah kepada Surga seraya berfirman : Bersiaplah engkau (wahai surga), dan bersoleklah untuk menyambut hamba – hamba Ku, aku iba melihat mereka, barangkali mereka mesti beristirahat karena kepayahan menghadapi kehidupan mereka didunia untuk menuju Istana – Istana Ku dan Megahnya Kedermawanan Ku, yang kelima adalah ketika malam terakhir dibulan Ramadhan maka diampunilah bagi mereka seluruhnya, maka bertanyalah seorang sahabat : apakah itu hadiah orang yang mendapatkan Lailatulqadr Wahai Rasulullah?, maka Rasul saw bersabda : “Tidak, bukankah bila kau melihat para buruh bila selesai dari pekerjaannya harus segera dilunasi upahnya?” (HR Imam Baihaqi).

Maka ketahuilah bahwa Rasul saw bersungguh – sungguh dalam beribadah pada bulan Ramadhan, lebih dari kesungguhannya di bulan lain, dan Rasul saw sangat teramat bersungguh – sungguh dalam beribadah di 10 malam terakhir Bulan Ramadhan lebih dari kesungguhannya di hari – hari ramadhan lainnya, Maka berpanutlah pada Imam mu Nabi Muhammad saw, janganlah tertipu dengan mengikuti kebiasaan sebagian orang yang bersungguh – sungguh di awalnya dan bermalas – malasan di akhirnya, karena kemuliaan justru berpuncak pada akhirnya.

Wahai Allah perkenankan kami melewati kemuliaan Ramadhan, berpuasa dan menegakkan bermacam – macam amal mulia padanya, dari pembacaan Al Qur’an dan bertafakkur atas maknanya, serta menyambung silaturahmi serta berbuat baik dengan tetangga, dan selamat dari segala hal yang memnghalangi kami dari kemuliaannya, dan shalawat serta salam atas sang Nabi dan keluarga serta sahabatnya walhamdulillahirabbil’alamiin… amiin.

Wasiat Al Allamah Alhabib Umar Bin Muhammad bin Salim bin Hafidz Dalam Menghadapi Bulan Ramadhan (Terjemahan dari wwww.habibomar.com)


Sunday, June 3, 2012

Resepi Kelazatan Iman

        بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
       Bismillahirrahmanirrahim
 Assalamualaikum w.b.t



Sejenak jika diperhatikan, dalam segenap hembusan nafas yang dihiasi dengan zikir kepada Tuhan, pasti akan dapatkan kepastian, bahawasanya DIALAH TUHAN yang Maha Menciptakan. Dalam setiap ingatan dan ucapan puji-pujian, kepada Dia yang sentiasa mencurahkan segala kenikmatan, pasti dapat kita rasai nikmat kemanisan iman, seperti yang disabdakan oleh Nabi Junjungan s.a.w., Muhammad.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Tiga perkara di mana sesiapa mempunyainya, maka dengannya (tiga perkara tersebut) dia akan merasai kemanisan iman.

(Pertama): seseorang itu menjadikan ALLAH dan RasulNya sebagai yang paling dicintainya,

(Kedua): tidak mencintai seseorang melainkan keranaNya

(Ketiga): dan membenci untuk kembali kekufuran sepertimana dia tidak suka untuk dicampakkan ke dalam neraka.
"

Kemanisan iman itu pada keterikatan hati denganNya, tanpa sebarang pengkhianatan terhadap cintaNya kepada kita. Iaitu, seseorang itu menjadikan ALLAH dan RasulNya sebagai yang paling dicintainya, tidak mencintai selainNya melainkan keranaNya dan membenci untuk kembali kekufuran sepertimana dia tidak suka untuk dicampakkan ke dalam neraka. Hadith ini merupakan hadith sahih (diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim). Terkandung di dalamnya banyak rahsia kebahagiaan dan kecintaan.



Kemanisan Iman

Seseorang yang dalam keadaan sakit, demam dan sebagainya, pasti terkadang akan melalui suatu keadaan di mana dia tidak lalu untuk makan dan minum, biarpun hidangan di hadapannya adalah hidangan kegemarannya, daripada sebuah restoran lima bintang. Dia tidak lalu makan dan minum bukan kerana ketiadaan kelazatan daripada makanan tersebut, kerana orang lain dapat menikmatinya, bahkan, ianya merupakan hidangan yang dihidang daripada sebuah restoran lima bintang yang diakui kelazatan masakannya.

Di mana punca orang sakit itu tidak dapat menikmati kelazatan makanan tersebut? Ia berpunca daripada kelemahan dan masalah deria rasanya yang disebabkan oleh sakit dalam dirinya sendiri. Maka, sakit yang dalam dirinya, menjadi punca menyebabkan dia terhijab daripada kelazatan makanan yang sudah sememangnya lazat tersebut.

Begitu juga halnya dengan iman, dalam bahasa kiasan. Iman merupakan sesuatu yang terkandung di dalamnya penuh kenikmatan dan kelazatan serta kemanisan. Iman ialah, suatu keyakinan yang kukuh dalam hati, tentang apa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w., yang mana, amalan adalah buah atau tanda keimanan tersebut.

Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadith Jibril yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari jalan Saidina Umar r.a maksudnya:

Telah berkata pemuda tersebut (iaitu Jibril): "Maka khabarkan kepadaku tentang iman".

Rasulullah s.a.w. menjawab: " (Iman itu) ialah kamu beriman kepada Allah, malaikat, kitab-kitab, Rasul-rasul, Hari Akhirat dan beriman pula dengan ketentuanNya baik dan buruk…" (hadith riwayat Imam Muslim).

Di sebalik setiap keimanan tersebut, terkandung lautan kemanisan dan kelazatan yang hanya dikecapi oleh mereka yang mempunyai "deria" yang cukup sihat untuk merasainya. "Deria" tersebut ialah hati yang sihat (salim).

Seseorang yang terhijab dengan nafsunya, terhijab dengan dunia dan ternoda hatinya dengan noda-noda maksiat, maka hatinya yang sakit tersebut tidak dapat mengecapi kemanisan keimanannya kepada Allah s.w.t..

Oleh kerana itulah, ramai orang yang mengakui mempercayai Allah dan Rasulullah s.a.w., namun masih gagal mengecapi kemanisan daripada keimanan mereka. Akhiranya, ada yang merungut dalam kehidupan ini, ada yang putus asa, ada yang menzahirkan rasa tidak menghayati "rasa kewujudan Tuhan" dan sebagainya.

Ini lahir daripada hati mereka yang tidak dapat mengecapi kemanisan iman mereka sendiri. Antara kemanisan-kemanisan iman adalah, seseorang terasa diri diawasi oleh Allah s.w.t., terasa Allah s.w.t. sentiasa bersamaNya, rasa kewujudan dan kehadiran Allah s.w.t. dalam hidupnya, rasa kasih sayang Allah s.w.t. dalam setiap ketentuanNya, faham kehidupan ini dengan makna yang sempurna dan luas, faham syariat ini dengan makna yang tinggi, faham kehambaan diri yang sebenar dan sebagainya. Itulah antara kemanisan iman yang mana, jika hati seseorang tidak bersih daripada hijab-hijab makhluk, kebendaan, dan tidak sembuh daripada penyakit maksiat yang berterusan, maka ia tidak dapat mengecapinya (kemanisan iman tersebut).

Tanpa kemanisan iman, seseorang tidak mampu berinteraksi dengan dirinya secara jujur dan tulus, kerana menilai dirinya selain daripada apa yang ditentukan oleh Allah s.w.t. ke atasnya (iaitu nilai kehambaan), tidak mampu berinteraksi dengan kehidupannya sendiri secara luas dan lapang, kerana dicengkam belenggu kebendaan yang menyempitkan, dan tidak mampu berinteraksi dengan Allah s.w.t. melalui kehidupan, kerana dihijab oleh makhluk dan nafsu dirinya sendiri daripada Allah s.w.t..

Tanpa kemanisan iman, seseorang itu akan terus hidup dalam kebingungan, mencari bahagia palsu yang pada hakikatnya sebuah kecelakaan dan terus menderita dalam cuba mengenali erti kehidupan.

ALLAH dan RasulNya: Kekasih-kekasih Teragung

Rasulullah s.a.w. ialah utusan Allah s.w.t. kepada seluruh manusia. Oleh yang demikian, Rasulullah s.a.w. ialah jalan bagi manusia untuk sampai kepada Allah s.w.t., iaitu melalui ketaatan kepada Baginda s.a.w.. Ketaatan kepada Baginda s.a.w. justeru merupakan ketaatan kepada Allah s.w.t., demikian yang dijelaskan dalam pelbagai ayat Al-Qur'an.

Kita mencintai Rasulullah s.a.w. kerana mengikut perintah Allah s.w.t. yang menyuruh kita mencintai Rasulullah s.a.w., bahkan melebihkan Rasulullah s.a.w. dalam cinta kita, berbanding makhluk yang lain. Kita mencintai Rasulullah s.a.w. kerana kita mencontohi Allah s.w.t. yang turut mencintai Rasulullah s.a.w. dan menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai KekasihNya yang teragung. Jadi, kita perlulah juga mencintai Rasulullah s.a.w. sebagai kekasih kita yang teragung selepas Allah s.w.t., kerana Allah s.w.t. menjadikan Baginda s.a.w. sebagai KekasihNya yang teragung.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

أحبوا الله لما يغذوكم به من نعمه وأحبوني لحب الله إياي

"Cintailah Allah s.w.t. kerana Dia telah mengurniakan kepadamu dengan kehendakNya, akan nikmat-nikmatNya, dan cintailah daku dengan sebab Allah s.w.t. mencintai daku" (Hadith riwayat At-Tirmizi)

Oleh yang demikian, cinta kita kepada Allah s.w.t. adalah cinta yang paling tinggi kerana Dia telah menganugerahkan kepada kita pelbagai nikmatNya, termasuklah perasaan cinta kita itu sendiri, dan sebagainya. Kalau bukan Allah s.w.t. yang menciptakan ibu dan ayah kita, maka kita tidak akan dapat pernah mencintai mereka. Kalau bukan Allah s.w.t. yang menciptakan isteri atau suami kita, maka kita tidak akan dapat mencintai mereka. Kalau bukan Allah s.w.t. menciptakan diri kita, kita tidak akan dapat mencintai diri kita sama sekali. Kalau bukan Allah s.w.t. yang menciptakan perasaan cinta kita, kita tidak akan dapat sama sekali mencintai apa yang kita cintai selama ini.

Dialah di sebalik cinta kita. Oleh itu, cintailah Dia melebihi segala-galanya, kerana tanpaNya, siapalah kita dan dari mana cinta kita datang?

Cintailah Rasulullah s.a.w. sebagai yang paling tinggi dari kalangan makhluk-makhlukNya. Ini kerana, Allah s.w.t. juga mencintai Rasulullah s.a.w. melebihi makhluk-makhlukNya yang lain. Tidak sempurna iman seseorang jika tidak menjadikan Rasulullah s.a.w. lebih dicintai daripada dirinya sendiri dan lebih daripada makhluk-makhluk yang lain (hadith sahih). Kalau tanpa menjadikan Baginda s.a.w. sebagai paling dicintai dari kalangan makhlukNya pun membawa kepada "tidak sempurna iman seseorang", maka bagaimana dia dapat mengecapi kemanisan iman, sedangkan imannya tidak sempurna?

Cinta Allah s.w.t. dan cinta Rasul s.a.w. merupakan saling berkait rapat. Seseorang yang mencintai Allah s.w.t. tanpa mencintai Rasulullah s.a.w. bererti imannya telah kurang dan tidak diterima cintanya oleh Allah s.w.t.. Barangsiapa yang mencintai Rasulullah s.a.w. tanpa mencintai Allah s.w.t., maka cintanya juga tidak bermakna dan tidak membawa manfaat kepada dirinya sendiri. Adapun sesiapa yang mencintai kedua-duanya, dan menjadikan kedua-duanya merupakan cinta paling tinggi dalam hatinya, maka dialah orang yang mendapat kemanisan iman. Hakikatnya, Allah s.w.t. mencintai apa yang dicintai oleh Rasulullah s.a.w. dengan kehendakNya, dan Rasulullah s.a.w. juga mencintai apa yang dicintai oleh Allah s.w.t. dengan ketentuanNya juga.

Ukuran cinta adalah pada ketaatan. Seseorang yang sangat mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. pasti akan mentaati kedua-duanya. Seseorang yang mengutamakan kedua-duanya dalam kecintaan, pasti mengutamakan kedua-duanya dalam ketaatan.

Mencintai Makhluk hanya Kerana Allah

Inilah ukuran seseorang yang sememangnya mencintai Allah s.w.t., iaitu tidak mencintai selain Allah s.w.t. melainkan hanya kerana Allah s.w.t., begitu jugalah cintanya kepada Rasulullah s.a.w., iaitu kerana Allah s.w.t..

Sesiapa yang mencintai selain Allah s.w.t. kerana Allah s.w.t., maka cintanya pada sesama makhluk adalah denganNya (dengan bantuanNya). Sesiapa yang mencintai selain Allah s.w.t. kerana selain Allah s.w.t., maka cintanya pada sesama makhluk adalah adalah dengan nafsu dirinya sendiri, yang membuatkan dirinya semakin jauh daripada Tuhannya, dan membuatkan hatinya semakin sakit dengan penyakit kelalaian daripada mengingatiNya.

Dua orang yang saling mengasihi kerana Allah s.w.t. akan dinaungi oleh Allah s.w.t. di Akhirat kelak. Sabda Nabi s.a.w. maksudnya:

Sesiungguhnya Allah s.w.t. berfirman pada hari Kiamat kelak: "Manakah golongan yang saling cintai mencitai sesana dengan (sebab) keagunganNya. Hari ini Aku akan naugi mereka pada naunganKu pada hari yang tiada naungan padanya" (hadith riwayat Imam Muslim)

Hadith ini menceritakan tentang golongan orang-orang yang saling berkasih sayang kerana Allah s.w.t.. Maksud saling berkasih sayang kerana Allah s.w.t. adalah, matlamat hubungan samada ukhuwwah, kekeluargaan mahupun rumahtangga adalah demi meraih redha Allah s.w.t. daripada jalinan-jalinan sesama makhluk tersebut.

Membenci Kekufuran
Seseorang yang telah diberi kesedaran oleh Allah s.w.t. untuk kembali kepada rahmatNya, dengan kembali kepada ketaatan kepadaNya, perlulah menyedari bahawasanya, kesedaran dan penyesalan tersebut adalah suatu anugerah yang tidak boleh disia-siakannya, kerana kemungkinan ianya datang cuma sekali sahaja.

Seseorang yang telah menjalani jalan kehidupan penuh ketaatan, dalam merealisasikan kehambaan dirinya kepadaNya, dalam konteks hubungan kecintaan kepada Allah s.w.t. dan RasulNya s.a.w., maka dia perlulah beristiqamah dalam amalan ketaatannya, dan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan sedikit demi sedikit ketaatannya kepada Allah s.w.t., seterusnya membawa kepada sebuah kehidupan yang penuh dengan kehambaan kepadaNya.

Istiqomah dalam amal ketaatan adalah sebesar-besar kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepada para hamba-hambaNya. Berusahalah untuk menjaga amal ketaatan dan beristiqomah dalam ketaatan. Amal yang sedikit itu jika disertai dengan istiqomah, maka ianya suatu ketaatan yang agung di sisi Allah s.w.t., kerana istiqomah dalam amalan adalah antara simbol kejujuran seseorang dalam kehambaan kepadaNya.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

أحب الأعمال إلى الله، أدومها وإن قل

Maksudnya:

"Amalan yang paling dikasihi di sisi Allah s.w.t. adalah amalan yang paling berkekalan (sentiasa atau istiqomah di dalamnya), walaupun sedikit…" (Muttafaqun 'alaih).

Pintu untuk mencapai istiqomah adalah, seseorang itu benci untuk kembali kepada kekufuran setelah diberi hidayah. Inilah yang diajarkan dalam hadith tersebut.

Adapun jalan untuk mencapai rasa benci terhadap kekufuran adalah, dengan rasa gerun terhadap neraka lalu berusaha untuk menjauhinya. Jalan untuk menjauhi neraka adalah dengan menjauhi kekufuran. Neraka adalah suatu tempat siksaan yang tiada bandingan kedahsyatannya di dunia. Ia suatu simbol bagi kemurkaan Allah s.w.t..

Inilah antara jalan untuk mencapai kemanisan iman seperti yang digariskan oleh Nabi Junjungan, penghulu segala jin dan insan, Rasulullah s.a.w. yang diturunkan ke atasnya akan Al-Qur'an. Semoga Allah s.w.t. menganugerahkan kepada kita akan kemanisan iman. Semoga Allah s.w.t. membantu kita dalam menujuNya…

Amin…

Wallahu a'lam


BADRI SAINA

Sumber daripada:
 

Al-Faqir ila Rabbihi Al-Qawiy Al-Jalil
Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin Al-Razi

Sunday, March 11, 2012

Jagalah Ilmu Mu itu Dengan Bermatlamat

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim
 Assalamualaikum w.b.t




   "...(Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya)." - Surah Al Baqarah 2 : 255


Pengenalan

Ilmu
Di dalam al-Quran ilmu dapat dimaksudkan dengan pelbagai makna, tetapi di sini cukuplah dengan membicarakan pengertian ilmu itu dalam Bahasa Melayu sahaja. Ilmu menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bererti ;
  1. Pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain.
  2. Kajian dalam sesuatu perkara.
  3. Hadirnya makna dalam diri seseorang.
Dari segi pemahaman yang mudah, ilmu bermaksud suatu pengetahuan yang merangkumi pengetahuan yang diperolehi melalui belajar atau proses dan aktiviti pembelajaran seperti pemerhatian, kajian, eksperimen dan sebagainya serta boleh juga diperolehi melalui pengalaman.
Ilmu juga merangkumi pengetahuan mengenai perkara yang berasaskan kebenaran, kebatilan, keraguan (bimbang atau bingung) dan syak (was-was).
Selain dari itu, ilmu juga berbentuk umum yang meliputi pengetahuan mengenai hal-hal keduniaan dan akhirat, iaitu ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah.

Fardhu Ain: Ilmu yang wajib dipelajari seperti tauhid (mengesakan Allah yang Maha Agung), syariat (solat, mempelajari al-Quran atau mempelajari perintah dan larangan) dan tasauf (ilmu akhlak atau sifat-sifat terpuji dan sifat-sifat yang dikeji seperti adab berjiran, adab bergaul, adab selisih faham, adab makan, adab mandi dan lain-lain).
Keingkaran untuk mempelajari fardhu ain ini bagi setiap individu hukumnya adalah berdosa.

Fardhu Kifayah: Ilmu yang menjadi tanggungjawab sekumpulan tertentu bagi mewakili orang Islam, atau untuk mewakili masyarakat.
Andaikata tiada seorang pun di kalangan orang Islam yang mempelajarinya, maka semua ahli masyarakat berdosa. Contohnya, ahli tafsir, usahawan, saintis, doktor dan lain-lain.
Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda, "Mencari ilmu adalah fardhu bagi setiap orang Islam." - Sahih - Ibnu Majah [0184]


Tujuan Menuntut Ilmu

01.Memperbaiki Diri
"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya." - Surah Al-'Ankabuut 29 : 69
Antara tujuan utama kita dalam menuntut ilmu adalah agar dapat memperbaiki diri.
Memperbaiki diri bermaksud berusaha bersungguh-sungguh untuk menambah ilmu pengetahuan serta membawa ibadah dan juga taraf kehidupan ke tempat yang lebih tinggi dari sebelumnya.
Dengan menuntut ilmu kita secara tidak langsung bukan sahaja mendapat petunjuk, malah dipimpin ke jalan yang lurus. InsyaAllah yang Maha Tinggi.
Contohnya, dengan menuntut ilmu kita dapat;
  1. Mendapat keyakinan yang lebih dalam ibadah.
  2. Solat terasa lebih khusyuk dari sebelumnya.
  3. Peningkatan kerjaya.
Pelbagai lagi nikmat yang akan kita perolehi dalam usaha memperbaiki diri, malah tidak terhitung dan cukuplah tiga contoh di atas. Sekiranya kita memahami ayat di atas (Surah Al-'Ankabuut [29] : 69) nikmat terbesar adalah mendapat pertolongan dan bantuan Allah yang Maha Agung. Pertolongan dan bantuan siapakah yang lebih besar dari itu?

02.Mensyukuri Nikmat Allah yang Maha Agung
"Dan sesungguhnya Kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman; dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurnia-Nya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hamba-Nya yang beriman." - Surah An-Naml 27 : 15
Walaupun ayat berkenaan tentang ilmu yang diberikan kepada Nabi Daud as dan Nabi Sulaiman as, namun lafaznya umum.
Antara nikmat terbesar yang dikurniakan kepada manusia adalah nikmat akal untuk belajar dan memahami ilmu dalam menjalani kehidupan di dunia dan persediaan untuk akhirat.
Maka antara tujuan kita dalam usaha menuntut ilmu adalah sebagai tanda syukur atas segala macam nikmat-Nya.
Dengan ilmulah kita mengenal cara melaksanakan ibadah dan kategorinya; dan dengan ilmu jugalah kita mengenal kebaikan dan kejahatan; dan dengan ilmu juga kita mengetahui tentang dunia dan akhirat. Maka wajiblah kita bersyukur atas nikmat yang tak terhingga ini, iaitu nikmat akal dan ilmu pengetahuan.
"Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukan-Nya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya." - Surah Al-Baqarah [2] : 269
Khalifah Umar bin Abdul Aziz : "Barangsiapa beramal tanpa ilmu, maka yang rosak lebih banyak daripada yang benar."

03.Menegakkan Agama Islam
"Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)." - Surah At-Taubah [9] : 122
Menegakkan agama Islam bermaksud memuliakan, mengamalkan perintah dan larangannya, melaksanakan hukum-hukumnya, dan menyebarkannya dengan cara; melalui umat Islam yang beriman, beramal soleh dan bertamadun; iaitu berpendidikan, mampu memerintah, adil dan mampu memikul tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah yang Maha Tinggi di muka bumi.
Ia merangkumi pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara serta meliputi aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek berdasarkan prinsip Islam berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.
Di dalam tafsir Ibn Katsir, antaranya diterangkan mengenai ayat di atas (Surah At-Taubah [9] : 122) sebagai dua tugas yang terpadu.
Sebahagian pergi berperang, sebahagian lagi menuntut ilmu. Ini menunjukkan tingginya darjat orang yang menuntut ilmu hingga disamakan dengan orang yang pergi berjihad. Walau bagaimanapun, tidaklah bermaksud hendak meremehkan jihad menentang orang-orang yang memerangi Islam.
Persoalannya, bagaimana ilmu itu boleh menegakkan Agama Islam? Di sini, kita melihat dari segi faktor semasa sahaja.
Antaranya, kita perlu ubah persepsi kita mengenai contoh fardhu kifayah.
Rasanya sejak dari kanak-kanak, kemudian dewasa hingga tua kita dihadapkan dengan contoh ini; iaitu mengaitkan contoh fardhu kifayah hanyalah - pengurus jenazah atau orang memandikan, mengafankan dan segala perihal tentang jenazah.
Sebenarnya yang termasuk dalam fardhu kifayah itu antaranya adalah; ahli tafsir, usahawan, saintis, ahli fizik, pakar kimia, doktor, pakar komputer, pakar enjin, arkitek dan lain-lain. Mungkin kita melihat seperti remeh, tetapi inilah yang secara tidak sengaja telah tertanam dalam akal fikiran kira sebelum ini.
Akhirnya kita menganggap fardhu kifayah adalah perkara yang mudah dan memandang ringan padanya, akibatnya umat Islam (Malaysia khususnya) kekurangan tenaga pakar dan mahir dalam pelbagai bidang.
Sekiranya umat Islam ketandusan para ilmuwan ini, maka siapakah yang ingin menghormati orang Islam?
Apalagi Agama Islam. Bukankah Allah yang Maha Agung telah berfirman;
"...nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat..." - Surah Al-Mujaadalah 58 : 11
Dr. Wahbah al-Zuhaily dalam tafsirnya mengenai ayat ini berkata, 'Darjat orang mukmin melebihi darjat orang bukan mukmin. Darjat orang berilmu melebihi darjat orang yang tidak berilmu.'
Di dalam ayat yang lain Allah yang Maha Tinggi berfirman;
"...Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran." - Surah Az- Zumar [39] : 9
Tentulah tidak sama antara orang yang pakar dan tidak pakar. Perkataan orang yang pakar lebih dipercayai.
Contohnya dalam pembinaan sebuah bangunan, kita mahu mempercayai cakap arkitek atau buruh binaan?
Begitu juga dalam menegakkan agama Islam, tentulah orang yang berilmu lebih didengari percakapannya berbanding dengan orang yang kurang ilmunya.
Maksudnya orang Islam yang mempunyai kepakaran dan kemahiran yang tinggi, secara automatik memberi impak kehormatan kepada Islam itu sendiri; iaitu agama Islam dan penganutnya akan dihormati dan dipandang tinggi oleh orang bukan Islam, secara tidak langsung Islam dapat ditegakkan.
"Hai orang-orang yang beriman,  jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong agama Allah",  lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang." - Surah As-Saff [61] :14

04.Berfikir Dengan Adil
Berfikir bermaksud menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu, manakala adil pula bermaksud meletakkan sesuatu perkara sesuai pada tempatnya.
Ramai yang berpendapat adil bermaksud sama rata, ini adalah pemahaman yang salah. Jadi, berfikir dengan adil bermaksud menggunakan akal dalam mempertimbangkan sesuatu perkara agar bertepatan dan bersesuaian pada tempatnya.
"Maka apakah orang-orang yang menunjuki kepada kebenaran itu lebih berhak diikuti ataukah orang yang tidak dapat memberi petunjuk kecuali (bila) diberi petunjuk? Mengapa kamu (berbuat demikian)? Bagaimanakah kamu mengambil keputusan?" - Surah Yunus [10] : 35-36
Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.
Dengan adanya ilmu, kita dapat membuat dan melaksanakan keputusan, ibadah, pekerjaan dan lain-lain hal berkaitan kehidupan dengan lebih bijak, tepat dan teratur; iaitu mengutamakan yang lebih penting dari yang penting. Antara beberapa contoh;
  • Mengutamakan mempelajari fardhu ain dari fardhu kifayah.
  • Mengutamakan amal yang bermanfaat dari yang kurang bermanfaat seperti, memilih beramal dengan sedikit tetapi berterusan daripada beramal dengan banyak tetapi setahun sekali.
  • Mengutamakan mengajar atau menyuruh anak-anak kecil bersolat dari berpuasa kerana biasanya orang yang tidak meninggalkan solat pasti berpuasa (yang berkemampuan) dan orang yang berpuasa belum tentu penuh solatnya. Sesuai dengan firman Allah yang Maha Tinggi dalam,
".....Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar...." - Surah Al 'Ankabuut [29] : 45
  • Mengutamakan ibadah fardhu dari ibadah sunat dan mengutamakan sunat yang mu'akkad; iaitu sunat yang dituntut seperti mengutamakan solat rawatib mu'akkad, solat tahajjud daripada solat terawih, solat sunat musafir dan lain-lain.
  • Mengutamakan mencintai Rasulullah saw daripada orang lain.
"Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda, "Belum sempurna iman seseorang kamu sebelum ia mencintaiku melebihi daripada cintanya kepada anaknya, kepada bapanya dan kepada manusia semuanya". - Sahih Muslim [0035]
Ini hanya sebahagian contoh sahaja, banyak lagi perkara-perkara yang perlukan pertimbangan akal yang adil dalam menjalani kehidupan di dunia ini.
"Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi.  Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya..." - Surah Al-Baqarah [2] : 219
Ayat di atas sebagai contoh mengapa kita perlu berfikir dengan adil, ini adalah perkara yang sangat-sangat penting.


Antara Kesan atau Kelebihan Menuntut Ilmu

01.Doa cepat dimakbulkan
 "Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: "Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!" Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: "Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Pemurah." - Surah An-Naml [27] : 40
Umum mengetahui ayat di atas mengenai pemindahan singgahsana Ratu Balqis ke istana Nabi Sulaiman a.s. Malah jin 'Ifrit juga tidak dapat menandingi kehebatan orang yang berilmu. Perlu diingat, kisah ini hanya berlaku pada zaman Nabi Sulaiman a.s.
Bukanlah bermakna kita perlu belajar ilmu yang dapat mengubah 'KLCC' ke tempat lain sekelip mata, ini hanya contoh betapa hebatnya orang berilmu kerana doanya dimakbulkan dengan cepat, insyaAllah yang Maha Berkuasa. Zaman ini, jika ada seseorang berkata dapat mengubah sesuatu bangunan dalam sekelip mata ke tempat lain, itu adalah sihir.

 02.Dinaikkan darjat
"...Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." - Surah Al-Mujaadalah [58] : 11
Contoh yang paling mudah antaranya;
  • Peniaga yang mempelbagaikan jualannya dan kreatif, lebih banyak keuntungan dari peniaga yang menjual satu jenis barangan sahaja.
  • Pekerja yang berilmu (mempunyai ijazah dan sebagainya) lebih tinggi gajinya dari pekerja yang kurang ilmunya.
  • Pelajar yang tekun belajar, lebih pandai dari pelajar yang malas belajar.
  • Guru dihormati oleh pelajarnya. Mereka yang tidak menghormati gurunya tergolong dalam orang yang jahil.

03.Tidak tersesat
"..dan agar orang-orang yang telah diberi ilmu, meyakini bahawasanya Al Quran itulah yang hak dari Tuhan-mu lalu mereka beriman dan tunduk hati mereka kepadanya dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi Petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus." - Surah Al-Hajj [22] : 54

04.Dikurniakan nikmat kesabaran
"Berkatalah orang-orang yang dianugerahi ilmu: "Kecelakaan yang besarlah bagimu, pahala Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan tidak diperoleh pahala itu, kecuali oleh orang-orang yang sabar." - Surah Al-Qasas [28] : 80

05.Dipermudahkan ke syurga
"Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, "Siapa saja yang menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memberikan kepadanya kemudahan jalan menuju syurga." - Sahih, At-Tirmidzi [2646]
Banyak lagi kelebihan-kelebihan orang-orang yang berilmu pengetahuan yang disebut di dalam Al-Quran dan hadis.


Antara Halangan-Halangan Menuntut Ilmu
Diantara halangan yang menyebabkan ramai orang yang ambil remeh dalam hal menuntut ilmu, diringkaskan seperti berikut;

 01.Anggap Diri Sudah Cukup
"Maka tatkala datang kepada mereka rasul-rasul (yang diutus kepada) mereka dengan membawa keterangan-keterangan, mereka merasa senang dengan pengetahuan yang ada pada mereka dan mereka dikepung oleh azab Allah yang selalu mereka perolok-olokkan itu." - Surah Al-Mu'min [40] : 83
Menganggap segala pengetahuan mereka lebih banyak dari orang lain dan tak perlu menuntut ilmu lagi. Hal ini hanyalah satu kesombongan dari hasutan syaitan.

02. Sibuk
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." - Surah Al-'Asr [103] : 1-3
Kesibukan adalah apabila kita tidak pandai menghargai masa. Semua manusia akan mengalami kerugian kecuali empat sifat di atas, iaitu;
  1. Iman - Memahami dan melaksanakan rukun iman.
  2. Amal soleh - Mentaati dan melaksanakan hukum-hukum, perintah dan larangan Allah yang Maha Agung.
  3. Nasihat kebenaran - Memberi pengajaran, bimbingan atau mengajak kepada kebaikan dan menjauhi serta mencegah kemungkaran.
  4. Menasihati agar bersifat sabar - Bersabar atau redha pada qada' dan qadar.
Kita tidak ketahui akan perkara-perkara di atas kecuali dengan menuntut ilmu.

03.Lalai
Lalai terbahagi kepada dua, namun berkaitan iaitu;
  • Urusan di dunia - Membuat perkara-perkara yang tidak bermanfaat pada diri dan masyarakat.
"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak,...." - Al-Hadiid [57] : 20
  • Urusan menghadapi akhirat - Tidak mengingati mati lalu menjadi malas untuk beribadah, apalagi untuk menuntut ilmu.
".....Dan sesungguhnya kebanyakan di antara manusia benar-benar ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya." - Surah Ar-Ruum [30] : 8


Antara Akibat Jahil

 01.Mengikut hawa nafsu
"Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui." - Surah Al-Jaatsiyah [45] : 18
Orang yang jahil hanya mengikut hawa nafsu sahaja dalam berfikir dan menganggap akal dan ilmu pengetahuannya lebih hebat dari syariat, lalu melanggar segala macam hukum dari al-Quran dan al-hadis.

02.Menjadi zalim dan tersesat
"Tetapi orang-orang yang zalim, mengikuti hawa nafsunya tanpa ilmu pengetahuan; maka siapakah yang akan menunjuki orang yang telah disesatkan Allah? Dan tiadalah bagi mereka seorang penolongpun." - Surah Ar-Ruum [30] : 29
Setelah mereka (orang-orang yang jahil) ini melanggar segala macam syariat, maka mereka terdedah kepada kesesatan dan seterusnya berbuat kezaliman; iaitu menyesatkan orang lain dan meruntuhkan akhlak masyarakat yang terikut-ikut dengan mereka, akibatnya berlaku ketidakharmonian dalam masyarakat.

03.Cenderung menjadi pengikut syaitan
"Di antara manusia ada orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan dan mengikuti setiap syaitan yang jahat,..." - Surah Al-Hajj [22] : 3
Mereka yang tidak berilmu seringkali bercakap perkara yang mereka agak-agak sahaja terutamanya dalam hal agama yang boleh membawa kepada kekufuran tanpa mereka sedari. Perkataan yang mereka keluarkan tidak lain, kecuali mengikuti hawa nafsu yang dibisikkan oleh syaitan sahaja.
Sekiranya kita ragu-ragu tentang sesuatu perkara atau ingat-ingat lupa, janganlah berkata-kata untuk berbangga diri atau berasa malu cakap tidak tahu, tanyalah kepada orang yang berilmu.
"....maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui." - Al Anbiyaa' [21] : 7


Kesimpulan
Islam didasari dengan ilmu. Tidak ada satu pun permasalahan kecuali diajar dalam Agama Islam bagi mereka yang mahu menggunakan akal dan menuntut ilmu.
"Allah menerangkan (kepada sekalian makhluk-Nya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." - Ali 'Imran [3] : 18
Hanya dengan ilmulah kita dapat mempertabatkan umat Islam dan menjaga kemuliaan Islam, yang kini dimana-mana pun umat Islam diperbudak-budakkan dan agama Islam diperlekehkan.
"Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin." - At Taubah [9] : 128
Marilah kita mencontohi sikap para Nabi 'alaihi salam; iaitu berasa sedih akan penderitaan masyarakat Islam sekarang yang ditendang dan dipermainkan sesuka hati. Moga-moga Allah yang Maha Penyayang memenangkan kita ke atas musuh-musuh Islam.
Namun perlu diingat setinggi mana ilmu kita, tidak dapat kita mengatasi mukjizat para Nabi as dan setiap yang mengetahui, ada lagi yang lebih mengetahui.
Marilah kita merenung ayat di bawah, luasnya ilmu Allah yang Maha Tinggi tidak terhingga. Allah yang Maha Agung berfirman dalam;
"Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula).." - Surah Al-Kahfi [18] : 109
"Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, nescaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." - Surah Luqman [31] : 27


Rujukan:
Al-Quran terjemahan
Tafsir Ibn Katsir dan Tafsir Al-Munir
Kitab-kitab hadis sahih
Krisis Dalam Pendidikan Islam [Dr. S.S Husain dan Dr. S.A Ashraf ]
Ihya' Ulumuddin [Imam Al-Ghazali]
Ilmu Mantik [Ustaz Ab. Latif Muda dan Dr. Rosmawati Ali @ Mat Zin]
Berfikir [Harun Yahya]
Fiqh Keutamaan [Dr. Yusuf Al-Qardhawi]
Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri [Za'ba]

Jom Ikut Kami