Monday, August 29, 2011

Good Bye...

Pernah dengar kisah ini? Kisah tentang  seseorang yang mula berubah setelah hadir seseorang yang sangat istimewa dalam hidupnya. Kehadiran seorang buah hati yang ditunggu-tunggu. Meskipun mulutnya tidak kedengaran melafazkan doa, namun jauh di sudut hati, dia sentiasa mencari-cari di mana kekasih yang sejati. Yang bakal menyinari hidupnya yang seakan sepi.
 
Syukur pada Ilahi, apa yang ditunggu akhirnya tiba di sisi. Sebuah peluang dari yang maha Esa buat yang mencari. Walaupun dia tidaklah sehebat para auliya mahupun para sahabat-sahabat. tetapi peluang ini masih dikecapi. Peluang memiliki seorang kekasih yang menjadi wasilah perubahan diri. Dari seorang insan yang sering leka kepada seorang insan yang sentiasa menjaga tutur kata. Dari seorang yang sering mengisi masa dengan aktiviti dunia, dengan hadirnya si kekasih hati, hati kini lebih berusaha menambah amal buat sesuatu yang lebih abadi di sana nanti. Bersamanya kekuatan ditemui, lalu bermulalah pengembaraan melawan nafsu sendiri agar tidak lagi leka dibuai duniawi.

Tapi setiap yang bermula pasti akan berakhir, itu janji yang pasti. Telah tiba saatnya sang kekasih pergi membawa diri. Meninggalkan buah hati yang sedang berjuang itu. Pedih, tetapi kedua-duanya tidak mampu melawan takdir ALLAH. Namun bagi yang menghargai kehadiran sang kekasih yang hadir itu, perpisahan ini tidak lain hanyalah sebuah kenangan indah yang akan terus menemani setiap perubahan yang dilakukan dengan kehadiran kekasih yang ditunggu. Semoga semua yang baik yang datang bersama, akan kekal sehingga ke pertemuan seterusnya. Biarpun pilu, tapi kehadirannya untuk satu jangka masa itu takkan disiakan begitu sahaja.  Sama seperti sepasang kekasih yang terpaksa berpisah, namun sentiasa menghargai kehadiran masing-masing, kenangan yang membawa kebaikan takkan pernah dilupakan dan kerana itu, ucapan “Selamat tinggal sayang” dilafazkan dengan harapan moga berjumpa lagi di lain hari.

Tamat sudah kisah ini. Kisah tentang sepasang kekasih yang bertemu dengan takdir ALLAH. Siapakah mereka? Itulah kita dan Ramadhan. Bukan kisah Romeo dan Juliet yang cuba saya nukilkan, tetapi kisah kita dan Ramadhan. Sebuah bulan mulia yang dihadiahkan ALLAH pada hamba-hambaNYA. Sedar atau tidak, ia akan berakhir, malah sangat hampir berakhir. Ia akan meninggalkan kita. Ya, sedarlah kekasih kita ini akan pergi. Jadi, sama ada kisah kita akan berakhir sama seperti apa yang saya gambarkan di atas atau tidak, ia terpulang pada setiap individu.

Kalau sewaktu ramadhan, kita tidak lokek melaungkan alunan ayat-ayat suci Al-Quran setiap hari, adakah akan masih sama setelah ramadhan pergi?

Kalau sewaktu ramadhan, kita sudah terbiasa bangun pagi mengejar berkah bersahur dan mampu solat subuh di awal waktu, adakah setelah ramadhan pergi, adakah kita masih mampu?

“Makanlah waktu sahur. Sesungguhnya makan waktu sahur menyebabkan berkah.”
[HR. Mutafaq Alaih]

Melalui puasa kita diajar untuk bersyukur dengan apa yang ada dan merasakan kesengsaraan mereka yang fakir dan kelaparan. Agar semua ini menjadi ingatan dalam diri agar tidak lokek untuk memberi dan tidak lupa diri. Namun setelah sebulan ini berakhir, adakah kita masih mampu meletakkan empati dalam diri untuk merasai semua ini?

Pendek kata, adakah ramadhan dianggap sebagai sang kekasih yang membawa kebaikan atau hanya sebuah kehadiran yang dipandang enteng? Berhenti dan berfikirlah.

“Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap pahala (keredhaan) Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.” 

Setelah Ramadhan hadir membawa keberkatan, fasa terpenting adalah setelah ia pergi adakah kita masih mahu tetap dalam mencari keberkatan atau tidak. Kita yang memilihnya, untuk menghargai sebuah kehadiran atau akan kembali ke takuk lama setelah musim ini berlalu dan berangan-angan apabila ramadhan datang lagi, mampu melakukan aktiviti yang sama. Sedarlah pahala bukan saham yang boleh tolong ‘cover’ bila dihempap kerugian dosa.

Tapi bagi yang terlepas pandang keindahan ramadhan kali ini, masih belum terlambat kerana ALLAH itu maha Pengampun dan Penyayang tidak mengira siapa, tempat dan masa.

Ucapkan “Selamat tinggal sayang” pada Ramadhan kerana setiap kenangan yang ada akan terus bersama kita sehingga berjumpa lagi pada masa yang seterusnya.

Sumber : azzariyat

Sunday, May 29, 2011

PeSaN tAqWa UnTuK pEmErInTah

Surat ini ditulis dan diutus oleh Imam Auza’ai kepada Khalifah al-Mansur,pemerintah Abbasiyah.

Wahai Amirul Mukminin ! Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : “Sesiapa sahaja dalam kalangan pemerintah, apabila mati dalam keadaan menipu rakyatnya, nescaya diharamkan syurga untuknya.”

Wahai Amirul Mukminin !

Sesiapa yang benci kepada kebenaran, sesungguhnya ia benci kepada Allah kerana sesungguhnya Allah itu benar lagi membenarkan.

Hendaklah tuan tegakkan kebenaran dan keadilan ke atas rakyat. Tutuplah aurat (keaiban) mereka. Janganlah dikunci pintu rumah tuanku atau mengadakan hijab (penghalang) antara tuanku dengan mereka. Hendaklah tuanku bergembira dengan nikmat yang mereka terima, dan bersimpatilah dengan musibah yang menimpa mereka.

Wahai Amirul Mukminin !

Urwah bin Ruwain berkata :” Pernah Rasulullah memiliki pelepah kurma yang digunakan untuk bersugi sehingga menakutkan kaum munafik. Kemudian turunlah Jibrail bertanya : ‘ Hai Muhammad! Apakah pelepah kurma ini engkau gunakan untukmenghancurkan atau menakutkan hati umatmu ?”

Wahai Amirul Mukminin !

Relakanlah dirimu dengan dirimu ! dan carilah keamanan daripada Tuhanmu ! Gemarlah kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi. Ingatlah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Sesungguhnya tempat letak panah yang dimiliki oleh ahli syurga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (Riwayat At-Tabarani no. 6134)

Wahai Amirul Mukminin !

Sesungguhnya jika sesebuah kerajaan yang sebelummu itu kekal, nescaya ia tidak akan sampai kepadamu. Begitu jugalah, ia tidak akan kekal di tanganmu atau sesiapa sahaja.

Wahai Amirul Mukminin !

Ingatlah kata-kata Umar Al-Khattab : “Jika mati anak kambing di tepi sungai Furat (Iraq) nescaya aku takut akan dipertanggungjawabkan mengenainya di akhirat kelak ! Maka bagaimana pula halnya dengan rakyatmu yang tidak beroleh keadilan daripadamu sedangkan ia sangat hampir denganmu ?”

Wahai Amirul Mukminin !

Allah telah berfirman yang bermaksud : “Hai Daud ! Sesungguhnya Kami jadikan engkau khalifah di muka bumi. Sebab itu putuskanlah sesuatu perkara antara rakyatmu dengan kebenaran. Janganlah engkau turuti kemahuan nafsumu, nanti engkau akan disesatkan dari jalan Allah.” (Surah Sad 38:26)

Wahai Amirul Mukminin !

Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Setiap pemerintah akan dibawa pada hari kiamat dengan tangannya dirantaikan ke leher. Ia hanya dapat dibuka oleh keadilannya. Ia diberhentikan di atas titian sirat di atas neraka yang akan bergerak dengan suatu gerakan yang akan menghilangkan seluruh anggota dari badan. Kemudian ia dikembalikan. Lalu dihitung amalannya. Kalau ia dahulu berbuat baik nescaya ia terlepas dengan kebaikannya. Kalau ia dahulu jahat nescaya pecahlah titian itu, lalu ia terhumban ke dalam neraka tujuh puluh kharif (jarak masa setahun)

Wahai Amirul Mukminin !

Umar r.a berkata : Amir (pemerintah) itu ada empat jenis :

1.Amir yang kuat yang dapat mengawal diri dan pegawai-pegawainya ia seperti mujahid (orang yang berjihad)

2.Amir yang kuat yang dapat mengawal dirinya sendiri sahaja dan tidak pegawai-pegawainya. Ia berada di tepi jurang kebinasaan, kecuali Allah menurunkan rahmat ke atasnya.

3. Amir yang dapat mencegah pegawai-pegawainya tetapi membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu. Ia berada dalam keadaan yang membahayakan sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud “Pengembala yang terjahat itu bahaya yang mnghancurkan. Dia itu binasa sendiri”

4. Amir yang membiarkan dirinya dan pegawai-pegawainya menurut hawa nafsu. Mereka kesemuanya akan binasa.

Wahai Amirul Mukminin !

Umar Al-Khattab telah berdoa : Wahai tuhanku ! Sekiranya menurut IlmuMu, aku akan terpengaruh apabila dua rakyatku dihadapkan kepadaku, kepada yang miring daripada kebenaran, baik yang dekat atau jauh, maka janganlah Engkau biarkan aku walaupun sekelip mata.”

Wahai Amirul Mukminin !

Sesungguhnya yang paling berat ialah berdiri tegak untuk menegakkan kebenaran kerana Allah. Yang paling mulia di sisi Allah ialah taqwa. Sesiapa yang mencari kemuliaan dengan mentaati Allah, nescaya ia akan diangkat dan dimuliakan oleh Allah. Sesiapa yang mencari kemuliaan dengan membuat maksiat kepada Allah, nescaya ia akan dihina dan direndahkan oleh Allah.

Saturday, April 30, 2011

sInAr SeOrAnG gUrU



Sedar tak sedar, kita sudah di penghujung bulan empat. Tidak lama lagi bulan Mei bakal menjengah.
Apa yang ada di kepala anda tentang bulan Mei?
Bagi saya, sebut sahaja Mei sudah terbayang tarikh 16 Mei. Ya, Hari Guru.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Merendah dirilah kamu pada guru kamu.”

Lihat bagaimana Imam as-Syafi’e menghormati gurunya. Imam as-Syafi’e menyelak helaian-helaian bukunya tanpa sebarang bunyi supaya tidak menganggu gurunya.

Jadi apa sebenarnya adab berguru?

Menghormati guru
Lihat bagaimana Imam as-Syafie menghormati gurunya.  “Keberkatan ilmu itu terletak pada redha guru.” Sikap tidak sopan dengan guru, membenci guru, bercakap kasar dengan guru adalah penyakit anak muda hari ini. Mungkin saja guru itu akan terasa hati dan tidak redha dengan ilmu yang diberinya. Kalau begitu, macam mana kita mahu dapat keberkatan?

Menghargai guru
Lihat bagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh menghargai gurunya. Ketika belum bergelar sultan, dia amata menghormati gurunya dan mengutamakan gurunya dalam semua perkara. Malah setelah menjadi sultan pun, dia masih menghargai gurunya dengan mengajak gurunya tinggal di istana. Ketika perang, gurunya dilantik sebagai penasihat. Dan, setiap apa yang ingin dilakukan, gurunya dijadikan rujukan terlebih dahulu. Lihat.

Mendoakan guru
Anda berjaya dalam SPM? Apa kata guru anda? =Tahniah! Apa pula kata anda? Guru tidak pernah mengharapkan hadiah daripada anda sebagai tanda penghargaan. Ingat, tugas seorang guru bukan mudah. Masih ingat ketika masih darjah satu? Ketika zaman nakal, main dalam kelas dan sebagainya. Ketika itu siapa yang terjerit-jerit mendidik kita? Guru. 

Anda hormat guru?

Jadilah pelajar yang baik.

Pelajar yang menghormati guru.

Pelajar yang menghargai guru.

Pelajar yang mendoakan guru.

Insya-Allah ilmu mendapat keberkatan!

Adaptasi dari : azzariyat

Wednesday, March 16, 2011

SAYIDAH NAFISAH – ‘ABIDAH YANG BANYAK KARAMAH


Di dalam kitab Tuhfatul Asyraf karangan al-Hafiz Abu Muhammad menyebutkan bahawa semasa Sayidah Nafisah masih kecil, dia telah dibawa oleh ayahandanya, al-Hasan ke makam Rasulullah S.A.W. Di hadapan makam al-Hasan berbicara, “ Tuanku, bagindaku Rasulullah S.A.W , ini puteriku. Aku redha dengannya”.
     Pada malamnya al-Hasan bermimpi bertemu Rasulullah S.A.W. Antara lain baginda memberitahu, “ Wahai Hasan, aku redha dengan puterimu Nafisah kerana keredhaaanmu itu dan Allah juga redha kerana redhaku ini”.

Meniti susur-galur salasilah, Sayidah Nafisah adalah daripada titisan zuriat Rasulullah S.A.W. Datuknya, Zaid bin Hasan merupakan cucu Saidina Ali bin Abi Talib k.w. Sayidah Nafisah dilahirkan di Makkah tetapi membesar di Madinah. Namun kemudiannya menempa sejarah hidup di Mesir.
 
     Sejarah cukup mengenali wanita mulia ini dengan kegigihan dan ketekunannya beribadah. Jangan diharap dapat melihatnya makan pada waktu siang, manakala malamnya pula tidak ada ruang untuk istirahat. Istirahatnya di dalam solat, semasa membaca al-Quran dan semasa asyik dalam lazat zikrullah.
     Sayidah Nafisah pernah ditanya oleh khadamnya,” Tidakkah puan mahu berlembut sedikit dengan dirimu?”
     Sayidah Nafisah menjawab, “ Bagaimana aku harus berlembut sedang para pendahuluku semuanya sudah berjaya”.
     Waalaupun menjadi seorang abidah yang hebat, tanggungjawab serta ketaatannya kepada suami tidak pernah terganggu. Taatkan Allah dan taatkan suami. Bahkan mentaati suami juga tanda mentaati Allah S.W.T. Sebanyak mana sekalipun ibadah sunat seorang isteri, restu dan redha suami adalah mendahului.
Di Mesir Sayidah Nafisah sangant mendapat perhatian dan sanjungan umat Islam di sana. Mereka amat menyayangi wanita mulia kerabat Rasulullah SAW ini. Beliau menjadi tempat mengadu masalah dengan tujuan meminta doa serta nasihat-nasihatnya yang berhikmah. Orang yang akrab dengan Allah seperti Sayidah Nafisah diyakini memiliki kelebihan dalam berdoa.
Keadaan yang demikian mengundang rasa tidak selesa suami Sayidah Nafisah, Ishag al-Mu’tasim bin Jaafar al-Siddiq. Timbul rancangannya mahu berhijrah sahaja dari Mesir. Namun Sayidah Nafisah ada alasan yang kuat untuk terus bermastautin di bumi anbia itu.
Kata Sayidah Nafisah,”Aku tidak dapat berhijrah ke tempat lain, kerana aku bermimpi bertemu Rasulullah SAW. Baginda berkata kepadaku,’Jangan kamu pergi dari Mesir kerana nanti Allah akan mewafatkan kamu di sana (Mesir).

Friday, February 4, 2011

MeSiR & hOsNi MuBaRaK



Protes besar-besaran di Mesir kini semakin menjadi-jadi. Masih terlalu awal untuk memutuskan dan menyimpulkan apa-apa berhubung perkembangan di Mesir ketika ini, tetapi apa yang jelas ialah bahang perubahan semakin kelihatan di Negara itu.

Jom Ikut Kami