Thursday, August 26, 2010

Asal 4 buah sungai di syurga



Bersabda nabi S.A.W : “semasa aku isra’ dan naik ke langit yang tinggi, malaikat jibril a.s telah memberi kesempatan kepada aku untuk melihat ke dalam semua Syurga Allah. Aku lihat didalamnya terdapat empat buah sungai yang besar dan airnya bermacam-macam. Ada iarnya dari susu, ada airnya dari madu dan ada airnya yang tidak masin.”
Sesungguhnya keadaan ini samalah seperti firman allah di dalam al-quran, “ di dalam syurga itu ada sungainya yang airnya tiak masin. Ada air sungainya dari susu yang tidak pernah berubah rasanya. Ada sungai dari arak yang lazat bagi yang meminumnya dan ada sungai dari madu pilihan.”
Aku bertanya kepada Jibril a.s: “wahai jibril a.s, dari manakah asalnya sungai-sungai ini dan ke manakah akhirnya?”
Jibril a.s menjawab :” ya rasulullah s.a.w aku hanya tahu ia mengalir ke dalam Telaga Al-Kausar, asalnya tidak aku ketahui.”
Aku pun memohon petunjuk allah lalu mencullah seorang malaikat dengan memberi salam. Setelah aku menjawab salamnya, dia menyuruh aku memejamkan mataku. Lalu, aku pejamkan. Apabila aku bukakan mataku semula, aku berada dekat sepohon poko yang besar. Aku lihat ada sebuah kubah yang amat besar diperbuat daripada permata yang putih berkilauan manakala pintu-pintunya daripada jakut hijau dan kunci –kuncinya daripada emas.
Dan aku lihat mengalir empat batang sungai dari bawahnya. Aku mahu kembali tetapi ditahan oleh malaikat dengan bertanya, “ tidakkah engkau ingin melihat di dalamnya?”
Aku pun bertanya,” bagaimana dapat aku masuk sedangkan pintunya berkunci? Dimanakah kuncinya” jawab malaikat itu, “kuncinya ddi dalam tanganmu” tanyaku, “ dimana?”jawabnya, “cukuplah engkau ucapkan bismilahirrahmanirrahim”. Lalu, aku ucapkan dan pintu itu pun terbuka dengan sendirinya dan aku pun masuk ke dalamnya. Sungguh amat menakjubkan ciptaan allah azzawajalla, sungai-sungai itu memancutkan airnya dari empat buah liang yang besar-besar.
Melihat aku mahu keluar, malaikat itu bertanya lagi kepadaku,” apakah engkau sudah cukup puas melihat pemandangan ini? Sesungguhnya masih ada yang engkau belum lihat. Cubalah engkau perhatikan sekali lagi dengan baik-baik, dari apakah sungai-sungai itu memancutkan airnya,”
Lalu aku perhatikan sekali lagi. Aku lihat terdapat kalimah bismillah rahmananir rahiim di antara empat batang tiangnya. Dari huruf mim perkataan bismillah, keluar air sungai tawar, dari huruf ha’ perkataan allah, keluar air sungai susu. Dari lubang huruf mim perkataan arrahmaan, keluar air sungai arak. Dan, dari lubang huruf mim perkataan arrahiim, keluar air sungai madu.
Demikianlah, asalnya empat buah sungai di dalam syurga. Dari itu, barangsiapa dari umatku yang membaca bismillahir rahmaanir rahim, pasti akan dapat minum air sungai itu di akhirat kelak.

1 comments:

salam..
sungai y sngt indah..
teruskn usha badri saina =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Ikut Kami