Tuesday, February 1, 2011

5 PeRkArA pErLu DiLaKsAnAkAn SeGeRa...




Sekiranya kita mahu melakukan sesuatu perkara,kita harus memikirkan baik buruknya terlebih dahulu supaya kita tidak menyesal di kemudian hari. Namun dalam ajaran Islam, ada beberapa perkara yang perlu dilaksanakan segera, iaitu :





1. memberi makan tetamu apabila tetamu itu menginap di rumah kita.
Kita harus memuliakan tetamu. Dalam adat Melayu tradisional, kita digalakkan menyambut tetamu dengan gembira, mempersilakan tetamu duduk serta diajak berbual dengan hati yang tulus dan sediakan hidangan kepada mereka. Apatah lagi jika tetamu yang datang itu, menginap di rumah kita, kita harus memberi hidangan makanan seperti yang kita makan sehari-hari, dan tidak perlu berlebih-lebih, apatah lagi sampai berhutang.
2. mengurus mayat atau jenazah orang yang meninggal dunia.
Apabila ada orang yang meninggal dunia, kita harus segera memandikannya, kemudian mengkafankan dan menyembahyangkan jenazah tersebut. Kemudian perlu segera mengebumikannya, jangan sampai berada di rumah hingga berhari-hari. Adalah lebih utama jika mengebumikan jenazah ini di daerah di mana orang tersebut meninggal dunia.
3. menikahkan anak perempuan apabila sudah tiba masanya.
Sekiranya kita mempunyai anak perempuan, dan apabila sudah tiba waktunya untuk bernikah, kita dianjurkan segera menikahkannya. Hal ini untuk menjaga agar tidak terjadi pergaulan bebas seperti yang berlaku sejak kebelakangan ini.
4. membayar hutang apabila sudah tiba masanya.
Kita diwajibkan untuk segera membayar hutang kita kepada orang lain apabila kita sudah mempunyai wang janganlah kita menunda-nunda untuk melunaskan hutang kita. Wang yang ada itu janganlah digunakan untuk keperluan lain, sehingga kita tidak boleh membayar dan terpaksa menangguhnya lagi.
5. bertaubat dari dosa-dosa yang telah kita lakukan..
Kita hidup di dunia ini adalah sekadar satu persinggahan, jadi janganlah kita menunda-nunda untuk bertaubat, kerana kita tidak mengetahui bila kita akan mati. Bertaubat tidak perlu menunggu sampai kita tua, kerana malaikat maut akan datang menjemput kita apabila sudah tiba waktunya.
Jadi sebagai umat Islam, kita amat dianjurkan untuk segera melaksanakan lima perkara di atas kerana apabila perkara itu tidak segera dilaksanakan, ia akan menimbulkan masalah yang baru pula.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Ikut Kami