Sunday, September 5, 2010

Pulihkan ketenteraman yang hilang sekian lama



Selepas Semenanjung Gaza dikuasai Brigade Izuddin Al-Qassam, Bandar kecil mempunyai penduduk yang padat ini mulai tenteram.
Pelbagai lapisan penduduk mengungkapkan dengan ketenteraman yang mereka peroleh, yang telah hilang sejak beberapa tahun .Syakir Ashkur dari Khan Yunis, selatan Gaza yang juga seorang mahasiswa di Universiti Islam Gaza, dapat aktif kembali untuk pergi ke university. Sebelum ini hal itu tidak dapat dilakukan kerana dia menyyimpan janggut. Selain itu, ujarnya, Universitas Islam Gaza sendiri berada di tengah-tengah konflik.





“saya menghadapi kesukaran yang amat sangat ketika pergi untuk menunaikan sembahyang Subuh dan Isyak di masjid. Terasa seperti tidak akan kembali dalam keadaan hidup selepas selesai menunaikan sembahyang, begitulah hilangnya rasa aman di sini,” jelas beliau.
Setelah dua minggu Gaza berada di bawah kendalian Al-Qassam, beberapa sumber dari kalangan perubatan memberitahu bahawa seluruh rumah sakit yang berada di penjuru Gaza tidak didatangi seorang pesakit pun yang terluka akibat hilangnya pengawasan keselamatan.
Pada sebelah pagi setelah Al-Qassam mengumumkan menguasai Semenanjung Gaza, sayap tentera Al-Qassam mendatangi pusat-pusat penjualan minuman arak. Di antaranya, tempat terkenal At-Tahliyah di daerah Khan Yunis, Selatan Gaza. Al-Qassam juga mendatangi pusat pelacuran yang kini sudah tidak ditemukan lagi di Semenanjung Gaza. Sudah menjadi rahsia umu bahawa di tempat iniilah Israel menciptakan “ tentera upahan” dengan jumlah yang amat ramai dari orang-orang Palestin sendiri, iaitu dengan mengambil gambar ketika mereka melakukan penzinaan dan mengancam akan menyebarkan gambar itu jika enggan membantu Israel. Biasanya, para lelaki yang dirakam gambarnya ini lantas diperas agar bersedia menjadi mata-mata Israel.
Mudah-mudahan ketaatan pada agama dapat menjadi sumber kekuatan para pejuang Palestin di Semenanjung Gaza.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Ikut Kami