Friday, September 17, 2010

Saidina Abu Bakar : Muntahkan Makanan Haram



Pada suatu hari, seorang hamba membawa makanan kepada Abu Bakar. Hambanya berkata,”Kamu selalu bertanya sumber makanan yang aku bawa, tetapi hari ini kamu tidak berbuat demikian ?” Abu Bakar menjawab,”Aku terlalu lapar sehingga aku lupa bertanya. Dari mana kamu mendapat makanan ini?” hambanya menjawab, “ Sebelum aku memeluk Islam, aku menjadi tukang tilik. Orang-orang yang aku tilik nasibnya ada yang tidak mampu membayar kepadaku. Mereka berjanji membayarnya apabila mempunyai wang. Jadi, aku berjumpa dengan mereka hari ini. Merekalah yang memberikan aku makanan ini.” Mendengar kata-kata hambanya, Abu Bakar terkejut dan berkata, ‘ Ah!Kamu nyaris membunuhku.” Kemudian dia memuntahkan semua makanan itu. Abu Bakar berkata,”Aku mendengar Nabi Muhammad SAW berkata,”Badan yang tumbuh subur dengan makanan haram akan merasai api neraka. Oleh kerana itulah maka aku memaksa makanan itu keluar kerana aku takut makanan itu menyuburkan badanku.
p/s : Dalam satu hadis Nabi SAW, Nabi pernah bersabda mengenai seorang lelaki yang bermusafir, pakaiannya kotor dan makan daripada makanan yang haram. Kemudian lelaki itu memohon doa kepada Allah. Namun doanya tertolak disebabkan makanan yang dimakannya itu HARAM.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Ikut Kami