
Nama asalnya Jundub bin Junadah . Dia datang ke Makkah terhuyung-hayang keletihan tetapi matanya bersinar bahagia. Memang sukar perjalanan dan teriknya sinar matahari telah menyengat badannya dengan rasa sakit kerana udara padang pasir dan letih, tetapi tujuan yang hendak dicapainya telah meringankan penderitaannya...