Thursday, August 26, 2010

SEJARAH USRAH




Sesungguhnya islam memandang sangat mustahak untuk membantuk ikatan –ikatan perpaduan untuk penganutnya. Ikatan ini dinamakan “usrah “atau “keluarga “ seperti itu dapatlah dipimpin penganut- penganut Islam tadi kearah contoh pujaan – pujaan yang tinggi apatah pula diperkuat ikatan – ikatan yang ada pada mereka , bahkan akan dapatlah dipertingkatkan mutu “ukhwah” atau persaudaraan diantara sesame mereka sendiri atau dengan jalan membawa cantoh-contoh pujaan dan persaudaraan dari peringkat bualan dan pandangan teori kepada peringkat perbuatan dan amalan .
Oleh itu , saudara / saudari sendiri juga hendak turut memendang serta bersedia untuk menjadi batu bata yang sihat lagi berguna kepada pembangunan keluarga islamiah . Usrah diasaskan oleh Imam Hassan Al-Banna pada bulan Mac 1928 yang dinamakan Ikhwannul Muslimin dalam tiga peringkat . Peringkat yang pertama ialah memperkenalkan gagasan Ikhwannul Muslimin dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah – ceramah dan mengadakan kegiatan –kegiatan kebajikan masyarakat . Peringkat kedua ialah peringkat keperibadian anggota ikhwan sebagai persedian melancarkan . Peringkat yang ketiga ialah peringkat melaksanakan cita-cita perjuangan dengan tugas .
Dalam tahun 1948 ,organisasi itu telah diharamkan tetapi Hassan Al-Banna masih berusaha untuk menyelamatkan organisasi tersebut namun gagal sehinggalah beliau ditembak mati pada 12Februari 1949. Usrah pada masa kini adalah kesinam bungan daripeda apa dilakukan olah Imam Hassan Al-Banna untuk memantapkan umat islam diseluruh dunia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Ikut Kami