Thursday, August 26, 2010

Apa alasan kita?



“sibuklah buat kerja sekolah, tak sempat nak solat. Nanti-nantilah tunggu ada masa!” mudahnya beri alasan. Senag beri dalih, konon kesibukan harian merantai kita untuk melaksanakan ibadah yang wajib.
Solat lima waktu adalah salah satu rukun islam yang wajib dipatuhi orang islam. Solat juga tanda pertalian terus seorang hamba dengan allah. Oleh itu tidak wajar kita jadikan alasan sibuk kerja atau apa-apa sahaja sebagai halangan untuk mendekatkan diri dengan allah.
Rasulullah bersabda yang bermaksud” sesiapa yang lupa akan sesuatu solat, maka hendaklah ia mengerjakan solat itu jika ia telah mengingatinya, tiada tebusan lain untuk solat itu kecuali solat yangdilupakannya, sesuai dengan firman allah yang maksudnya : dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.” (riwayat Bukhari)
Solat merupakan tiang agama. Sesipa yang mengerjakannya bermakna dia menegakkan agamanya. Manakala orang yang meninggalkannya bermakna dia telah meruntuhkan agamanya.
Besarnya peranan solat sehingga allah tidak membenarkan sebarang alasan untuk kita abaikan ibadah ini. Dalam sakit, apatah lagi sihat, dalam apa sahaja cuaca dan tempat, solat tetap wajib ditunaikan. Hatta jika terlupa sekalipun, apabila sudah teringat, wajib kita tunaikannya atau gantikannya dengan kadar segera.
Jadi apa lagi alasan kita???

1 comments:

salam
sememang kita tidak punya alasan untuk meninggalkn solat..
sedarlah kita ni siapa yang tega langgar arahan ALLAH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Ikut Kami