Thursday, August 26, 2010

Hadis - Sifat lemah lembut

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, “ sesiapa yang dikurniakan sifat lemah lembut nescaya ia akan memperoleh kebaikan dalam semua hal.” (riwayat muslim)
Lembut dan sabar tidak bererti mengalah, sebaliknya itu adalah tanda orang yang beriman. Itulah juga yang diajarkan allah kepada umat islam agar berhemah dan berlemah-lembut dalam setiap urusan.
Lemah-lembut adalah akhlak yang mulia yang dianugerahkan oleh allah kepada hamba-hambanya. Oleh itu, orang yang memiliki sifat lemah-lembut adalah orang yang sangat beruntung
Melatih diri untuk dapat memiliki sifat mulia ini dapat dimulakan dengan menahan diri apabila marah dan memeperttimbangkan baik buruknya sesuatu perkara sebelum bertindak.
Orang yang lemah-lembut melambangkan orang yang sentiasa sabar dan tenang (tidak tergesa-gesa). Namun sifat lemah-lembut ini lebih baik diseiringkan dengan ketegasan agar seseorang itu tidak mudah dipermainkan atau diperbodohkan oleh orang lain.
Rasulullah adalah contoh orang yang paling lemah-lembut yang paling baik dalam pergaulan. Sesiapa yang melihat baginda dari jau akan berasa gentar tetapi sesiapa yang bercampur atau bergaul dengan baginda tentu akan menyayangi baginda disebabkan oleh sikap lemah lembut baginda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Ikut Kami