Friday, January 28, 2011

Maahad Qiraat Al-Azhar Amal Aimy Zalifah

ALOR SETAR : Maahad Qiraat Al-Azhar Amal Aimy Zalifah di Lorong Pak Mat Kastam, Lebuhraya Sultan Abdul Halim, dekat sini, mengalami kebakaran, 16 Januari lalu. Dalam kejadian jam 10.50 pagi itu, beberapa bilik di tingkat atas bangunan dua tingkat itu terbakar dipercayai akibat litar pintas. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa berlaku di Maahad yang menempat sejumlah 65 pelajar. Kebakaran itu menyebabkan kerugian kira-kira RM 150,000. Sumbangan juga diperlukan bagi menyiapkan pembinaan asrama pelajar yang masih tergendala akibat kekangan kewangan..sehubungan itu, orang ramai yang bersimpati boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) di nombor 0201 1010 0801 75 atas nama Maahad Qiraat Al-Azhar Amal Aimy Zalifah. Mohd Rodi juga boleh dihubungi di talian 019-5455285 untuk keterangan lanjut…

Wednesday, January 19, 2011


Hukum Penggunaan Gitar Dalam Islam
 Sebagai pengenalan, perlu diingatkan bahawa asal sesuatu hukum adalah harus. Namun, ia boleh berubah menjadi haram atau dibolehkan mengikut dalil yang menyokongnya.
Nyanyian adalah diharuskan bagi golongan yang pertengahan(orang yang tidak dikuasai rasa cinta asyik yang mendalam terhadap Allah dan tidak juga dikuasai oleh hawa nafsu yang memuncak). Hal ini kerana, bagi orang yang terlalu asyik dengan Allah, nyanyian adalah baik untuknya manakala bagi orang yang mudah terpengaruh dengan desakan hawa nafsu, nyanyian adalah haram untuknya.

Jom Ikut Kami