Sunday, November 14, 2010

JIWA PEJUANG : aBu ZaR Al-gHiFaRi

Nama asalnya Jundub bin Junadah . Dia datang ke Makkah terhuyung-hayang keletihan tetapi matanya bersinar bahagia. Memang sukar perjalanan dan teriknya sinar matahari telah menyengat badannya dengan rasa sakit kerana udara padang pasir dan letih, tetapi tujuan yang hendak dicapainya telah meringankan penderitaannya…


Tatkala mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Rasulullah, maka terbukalah senyum lebar di kedua-dua bibir Rasulullah, sementara wajahnya diliputi rasa kagum dan takjub. Orang yang mengaku Islam di hadapannya, ialah seorang lelaki dari Ghifar. Ghifar ialah suatu kabilah atau suku yang tidak ada tolak bandingnya dalam soal menempuh jarak. Malam yang kelam dan gelap gelita tidak jadi soal bagi mereka, dan celakalah orang yang tersasar atau  jatuh ke tangan kaum Ghifar pada waktu malam.
Ketika dia masuk Islam, Rasulullah masih menyampaikan dakwah secara rahsia. Dia telah menghadapkan pertanyaan kepada Rasulullah : “Wahai Rasulullah, apa sebaiknya saya kerjakan menurut tuan? “ Kembalilah kepada kaummu sampai ada perintahku nanti!” Jawab Rasulullah. “Demi Tuhan yang menguasai nyawaku”, kata Abu Zar lagi, “Saya tidak akan kembali sebelum meneriakkan Islam di dalam masjid!”
Abu Zar pergi menuju Masjidilharam dan menyerukan dengan sekuat-kuatnya : “Asyhadu Alla Ilaha Illallah, wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.” Teriakan ini merupakan teriakan pertama tentang Islam yang menentang kesombongan orang Quraisy.
Hari-hari berlalu mengikuti peredaran, Rasulullah telah berhijrah ke Madinah dan menetap di sana bersama kaum Muslimin. Pada suatu hari, barisan panjang terdiri atas para penunggang dan pejalan kaki menuju pinggiran kota dengan bunyi suara takbir mereka yang gemuruh. Ternyata rombongan itu tiada lain daripada kabilah-kabilah Ghifar dan Aslam yang semuanya dikerahkan oleh Abu Zar dan telah masuk Islam.
Kumpulan perompak dan komplot syaitan telah beralih rupa menjadi kumpulan kebajikan dan penyokong kebenaran! Bukakah sesungguhnya Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ?
Setelah masa berlalu 20 tahun atau lebih daripada hari yang kita sebutkan tadi, Abu Zar wafat di padan pasir Rabzah sebatang kara, setelah sebatang kara juga dia menempuh hidup yang luar biasa dan tidak seorang pun dapat menyamainya.

4 comments:

Assalamualaikum, saya Harith dari Seratas nak jemput Badar SBPIKP utk menyertai kem BADAR yg bakal kami adakan di Pulau Pangkor. InsyaAllah, kem itu akan diadakan pada minggu kedua persekolahan kelak. Sekiranya berminat, bolehlah meminta kebenaran dan persetujuan guru2 BADAR anda. Bayaran cuma RM15. Hubungi saya di 013-5254104

Assalamualaikum, saya Harith dari Seratas nak jemput Badri Saina utk menyertai kem BADAR yg bakal kami adakan di Pulau Pangkor. InsyaAllah, kem itu akan diadakan pada minggu kedua persekolahan kelak. Sekiranya berminat, bolehlah meminta kebenaran dan persetujuan guru2 BADAR anda. Bayaran cuma RM15. Hubungi saya di 013-5254104

terima kasih atas jemputan tersebut...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Ikut Kami