Friday, August 27, 2010

Facebook-tiada lagi rahsia



Facebook baru-baru ini telah mencatatkan 500 juta pengguna dan bernilai USD 10 billion ( RM 32 billion). Angka yang begitu besar jika dibandingkan penduduk Negara kita yang hampir 28 juta. Namun begitu adakah kesemua warga Facebook selamat? Adakah e-mel, gambar dan data peribadi yang diposkan di laman facebook selamat ?

Facebook meletakkan had umur 13 tahun ke atas ahli-ahlinya untuk mengelakkan kanak-kanak menggunakannya. Facebook telah dikecam oleh pelbagai pihak kerana kesukaran untuk menetapkan tahap privasi. Ramai ibu bapa menyuarakan ketidakpuasan hati mereka.
Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita bahaa maklumat sebanyak 170 juta akuan facebook diambil oleh beberapa pihak. Ron Bowes mengatakan bahawa beliau menggunakan satu kod khas untuk memuat turun semua data tersebut. Senarai ini mengandungi laman web setiap satu daripada 170 juta pengguna serta ID unik mereka.
Apa yang lebih menakutkan adalah data ini ditempatkan di laman web Pirate Bay laman web muat turun terbesar dunia. Senarai pengguna dan maklumat terperinci akaun dimuat turun lebih 1000 kali. Perkara yang menjadi isu di sini adalah pengambilan data individu dan peribadi, yang mugkin di antaranya pelajar dan kanak-kanak bawah umur.
Ron berkata bahawa data dan profil yang dimuat turun telah diset sebagai ‘umum’ oleh pengguna dan telah pun wujud di Google, Bing dan sebagainya. Belia berkata lagi bahawa tiada data persendirian telah diambil.
Persoalannya adalah jika orang tersebut tidak tahu bagaimana untuk menjadikan profilnya sulit sudah semestinya data peribadi dia boleh diambil orang, ia seperti anda meletakkan barangan berharga di dalam rumah tetapi anda tidak mengunci rumah anda… suatu keadaan yang agak berbahaya.
Pengawasan
Kesuakran untuk meletakkan suatu tetapan privasi untuk facebook menjadikannya berbahaya kepada kanak-kanak. Pada awal tahun in sebayak 40 000 ahli telahbertekad untuk memansuhkan profil mereka. Kebanyakan daripada kita tidak sedar bahaya yang menunggu di facebook, yang paling menggerunkan adalah kes pembunuhan Ashleigh Hall.
Ashleigh telah dirogol dan dibunuh oleh orang yang dikenalinya menerusi facebook. Di dalam satu kes lagi seorang warga London membunuh isteinya kerana status facebooknya menyatakan single. Banyak faktor yang menyebabkan facebook disenaraihitamkan kebanyakan organisasi dan institusi kerajaan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Ikut Kami