Thursday, August 26, 2010

Tangisan rasulullah



Seirng kali kita melihat orang menangis, baik lelaki mahupun perempuan. Namun apa yang perlu diperhatikan adalah bagaimana seharusnya menangis dan untuk apa kita menangis? Menangis tidak sekadar mengeluarkan air mata melainkan tujuannya harus jelas.
Rasulullah sering menangis walaupun jika baginda mahu, dunia sudah berada di genggamannya. Sedangkan di syurga, baginda berada di tingkat yang paling tinggi. Jadi untuk apa baginda menangis ?
Tangisan rasulullah adalah tangisan seorang hamba yang tunduk dan bersyukur. Baginda menangis ketika berdoa atau saat-saat ketika membaca Al-Quran. Getaran hati kerana khusyuk dan rindu kepada Allah S.W.T mampu melelehkan air matanya. Hatinya telah menyatu dengan maarifatullah ( sangat dekat kerana sentiasa berasa diawasi).
Diriwayatkan dari Muthrif bin Abdillah bahawa bapanya berkata ‘ aku pernah mendatangi Rasulullah, waktu ini aku dapati baginda sedang solat. Dan aku mendengar tangisannya seperti orang merintih.’
Abdullah bin masud berkata rasulullah berkata padaku’ bacalah kepadaku al-quran. Jawabku ya rasulullah aku membacakan kepadamu al-quran sedangkan ia diturunkan kepadamu? Rasulullah berkata, aku ingin mendengarnya daripada orang lain”
Lalu Abdullah membaca surah An-Nisa’. Ketika dia sedang membaca sampai pada ayat, dan kami datang kepadamu sebagai saksi atas mereka (ayat41) air mata Rasulullah menangis dan diiringi esak tangisnya.
Oleh sebab sering menangis ketika membaca al-quran, lapan belas helai janggut baginda beruban. Ketika ditanya oleh abu bakar, baginda menjawab surah al-waqiah,al-mursalaat. An-naba’ dan at-takwir semuanya telah membuatku beruban.
Moral sirah :
Rasulullah sering menangis kerana rasa kasihnya ada allah dan bagaimana pula dengan diri kita ? papa yang emybabkan kita menagis? Adakah kerana khusyuk mendengar alunan bacaan al quran mahupun kerana babak sedih drama bersiri yang disiarkan di kaca televisyen? Jadi renung-renugkan tangisan yang bagaimana dapat membawa kita kembali kepadaNya.

1 comments:

Andai Rasulullah yg ma'sum pun menangis kerna ksyukuran pd Yang Esa, insafilah diri andai kita sntiasa meminta tnpa pernah merasa puas dgn nikmat yg kita kecapi hr ini....ingatlah firman Allah yg brmaksd "tidakkah kamu bersyukur lantas akan kami tambahkannya lagi"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Ikut Kami