
Di dalam kitab Tuhfatul Asyraf karangan al-Hafiz Abu Muhammad menyebutkan bahawa semasa Sayidah Nafisah masih kecil, dia telah dibawa oleh ayahandanya, al-Hasan ke makam Rasulullah S.A.W. Di hadapan makam al-Hasan berbicara, “ Tuanku, bagindaku Rasulullah S.A.W , ini puteriku. Aku redha dengannya”. Pada malamnya al-Hasan bermimpi bertemu Rasulullah S.A.W. Antara lain baginda memberitahu, “ Wahai Hasan, aku redha dengan puterimu...