Friday, December 9, 2011

Islam dan budak Tahun 3

Seorang guru sedang mengajar anak-anak murid yang dikasihinya.. 

Lalu,

‘Siapa orang Islam angkat tangan??’
‘Saya!’
‘Saya ustazah!’
‘Saya pun..!’
‘Kami semua..!!’
‘Wah! Wah! Semangat sungguh anak-anak ustazah’
Gamat sebentar ruang kelas 3 Rajin pagi itu..
Soalan terus dilanjutkan sang pendidik..
‘Tahu tak Islam tu apa??’
Kanak-kanak itu semuanya terpinga-pinga. Apakah Islam???..
Hanya persoalan itu bermain di kotak fikiran mereka, bekerut-kerut dahi, tanda memikirkan persoalan yang telah diajukan itu..
Amirul Mukmin, ketua kelas mencuba
‘ Ustazah, mak ayah saya Islam, jadi, saya, abang, kakak , adik semua pun Islam lah..’
‘Percubaan yang baik Amirul Mukmin, baik yang lain??’
Kelas hingar-bingar dengan perbincangan tak langsung anak-anak kecil itu sesama sendiri, mahu bangun, rasa-rasa tiada jawapan yang konkrit boleh diberikan..
Wafa’ bangun..
Seluruh kelas senyap sunyi, tanda bersedia untuk mendengar luahan pendapat dari sahabat mereka..
‘Lau samahti ya ustazah, uriidu an azhaba ila hammam’…
(maaf ustazah..izinkan saya ke tandas..)
‘Hahaha….’
Bingit kelas dengan deraian tawa anak-anak lainnya, sangka mereka Wafa’ ingin mencuba, rupa-rupanya hendak ke baitussyaitan..(tandas).
‘Bertenang anak, bertenang, ‘Wafa’, ustazah izinkan’, senyum mekar dibibir seiring keizinan yang diberikan buat si kecil.
Syaima’ ingin mencuba..
‘Ustazah kan mak ayah bagi nama arab kat kita, contoh syaima’ wani. Islam lah tu..’
‘Bagus Syaima’. Nama-nama yang ada maksud diberikan sebagai satu manifestasi doa ibu ayah buat kita. Yang penting panggil nama penuhnya, kalau tidak masakan menjadi doa. Alhamdulillah percubaan yang baik Syaima’. Ada lagi anak-anak??’
Tawfiq pula..
‘Ustazah kan kita solat, puasa, pergi haji, bayar zakat. Islam lah tu ustazah..’ bibirnya tak lekang dengan senyuman…
‘Alhamdulillah. Bagus Tawfiq itu terangkum dalam rukun Islam. Tapi masih tidak tepat..’
Pangajaran dan pembelajaran hari itu bermula dengan kata kunci ‘Islam’. Anak-anak itu kelihatannya bersemangat, teruja, termangu-mangu, tersengguk-sengguk, buat tak tahu pun ada..
Macam-macam..
Namun, saya, anda, bagaimana?
Adakah kita masih memahami Islam pada tahap darjah 3 sahaja, sedangkan usia kita makin meningkat dan akan berakhir pada bila-bila masa sahaja..
Apakah Islam sebenarnya?
karya : Syamimi Ahmad
RUJUKAN : AZZARIYAT.COM

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Ikut Kami